awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Keluarga setuju selesai secara baik insiden remaja OKU dipukul di Belaga - Polis
MALAYSIA
Gangguan trafik sempena AMM ke-58, dijangka bermula Jumaat ini
MALAYSIA
Lebih 5,000 senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di tiga negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Telegram enggan beri kerjasama kepada Kerajaan Malaysia - Fahmi

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/05/2023
05:00 MYT
Telegram enggan beri kerjasama kepada Kerajaan Malaysia - Fahmi
Fahmi berkata, semua pengurusan platform media sosial seperti Meta, TikTok dan Twitter memberikan kerjasama yang baik, hanya pengurusan Telegram masih gagal berbuat demikian. - Foto/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Meskipun sudah dipanggil sejak Januari tahun ini namun pihak pengurusan Telegram masih tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan, malah enggan berjumpa sehingga ke hari ini.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, semua pengurusan platform media sosial seperti Meta, TikTok dan Twitter memberikan kerjasama yang baik, hanya pengurusan Telegram masih gagal berbuat demikian.
Menurutnya, pihak Telegram dipanggil kerana kementeriannya menerima banyak aduan berhubung salah guna platform tersebut termasuk melibatkan penipuan dalam talian.
“Kebanyakan platform ini memberikan kerjasama. Kita hadapi masalah dengan pihak Telegram walaupun dijemput untuk bertemu hingga hari ini, enggan memberi kerjasama.
“Kita lihat ini akan jadi isu maka saya telah minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) meneliti apakah tindakan yang wajar untuk diambil.
“Aduan yang kita terima banyak, kita tidak lihat ada kesungguhan di pihak Telegram untuk memberikan kerjasama,” katanya.
Tambah Fahmi, aduan terbaharu diterimanya adalah daripada Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melibatkan penjualan point untuk doktor menerusi platform berkenaan.
“Doktor-doktor pada setiap perlu ikuti persidangan, seminar, kursus-kursus bagi kemajuan kerjaya mereka.
“Tetapi didapati ada pihak yang cuba menjual point begitu.
“Jadi kita lihat bukan hanya dalam isu seperti ini tapi saya difahamkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti jualan dadah, sebaran pornografi dan scam (penipuan dalam talian),” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Tema dan Logo Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Hari Kebangsaan
#Telegram
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami