awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teliti semula elaun pelajar luar negara tajaan MARA

Bernama
Bernama
12/05/2022
09:16 MYT
Teliti semula elaun pelajar luar negara tajaan MARA
Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak- kanak tabika kemas INFRA pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPLB di Bangi hari ini. - Gambar BERNAMA
BANGI: Penelitian semula kadar elaun pelajar luar negara tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dibuat berdasarkan kos yuran pengajian, lokasi pengajian dan kadar pembayaran utiliti, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Memberi jaminan laporan penelitian semula itu akan disegerakan, Mahdzir berkata, proses itu sedang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi suatu kajian berkaitan kenaikan kos sara hidup pelajar tajaan MARA di luar negara khususnya di United Kingdom (UK) dan Ireland.
"Kajian ini sudah dimulakan sejak bulan lepas selepas kita terima maklumat berhubung isu ini daripada pelajar tajaan kita di luar negara. Insya-Allah akan siap dalam masa terdekat. Usaha akan disegerakan bagi selesaikan isu ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya KPLB di sini, hari ini.
Mahdzir sebelum ini dilaporkan berkata, KPLB sedang mengkaji kadar elaun tajaan MARA untuk pelajar di luar negara susulan kenaikan kos sara hidup dan akan menyerahkan laporan kajian tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Kementerian Kewangan.
Sehingga kini, terdapat 3,896 orang pelajar tajaan MARA sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang dan peringkat di beberapa negara antaranya 1,422 orang di UK, Jordan (297), Jerman (291), India (234), Australia (226), Rusia (85) dan Sepanyol (28). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MARA
#elaun pelajar luar negara
#Majlis Amanah Rakyat
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan