KUANTAN: Pusat peranginan Pantai Teluk Cempedak di sini antara lokasi pelancongan yang dijangka menjadi pilihan pengunjung selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bagi mereka yang menerima vaksin lengkap bermula Isnin lalu.
Dijangka berlaku peningkatan pengunjung yang mendadak di lokasi itu menjelang cuti hujung minggu berikutan ramai yang mengambil peluang bercuti atau pulang ke kampung.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi pelancongan tersebut mendapati, hanya berlaku sedikit peningkatan pengunjung berbanding hari biasa dengan keadaan masih terkawal serta tidak begitu sesak.
Situasi tersebut diakui beberapa peniaga di pusat peranginan itu semasa tinjauan sekitar jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu.
Peniaga pakaian, Ridhuan Ramli, 42, berkata, kehadiran pengunjung hanya biasa-biasa dan tidak mendadak seperti jangkaan awalnya.
"Mungkin hari ini (Sabtu) cuti hujung minggu, jadi adalah sedikit peningkatan pengunjung ke sini berbanding hari biasa selepas kerajaan benarkan merentas negeri bagi mereka yang telah lengkap vaksin.
"Walaupun pengunjung tidak ramai, rezeki bagi kami yang berniaga di sini sudah mula ada. Insya-Allah, Pantai Teluk Cempedak ini akan kembali meriah dengan pengunjung selepas ini," katanya.
Pandangan sama dikongsi peniaga barangan cenderamata, Hasbullah Abd Majid, 25.
Dia masih mengharapkan suasana pantai peranginan itu akan kembali meriah seperti keadaan sebelum pandemik.
"Sekarang pengunjung sudah mula datang, namun tidak begitu ramai seperti sebelumnya.
"Awalnya, saya jangka akan ramai pengunjung ke sini sempena cuti hujung minggu ini, namun nampaknya jangkaan itu tidak berlaku," katanya.
Peniaga di Pantai Teluk Cempedak gembira dengan kehadiran pengunjung ke pantai itu biarpun bilangannya masih belum begitu ramai.
Bagi pengunjung pula, mereka begitu selesa dengan suasana Pantai Teluk Cempedak yang masih tenang dan tidak terlalu sesak ketika ini.
Ada yang pada awalnya singggah untuk meninjau keadaan sebelum memilih untuk bersantai menikmati keindahan pantai lebih lama kerana suasananya yang selesa.
Pengunjung dari Kuala Lumpur, Halijah Ibrahim, 55, berkata, dia datang ke Kuantan pada Jumaat untuk menghantar salah seorang anaknya ke sebuah kolej di sini.
"Alang-alang dah sampai sini, saya ambil peluang bercuti.
"Saya selesa dengan keadaan di Pantai Teluk Cempedak ini kerana sesuai untuk tenangkan fikiran.
"Saya memang memilih lokasi yang tidak begitu sesak kerana masih bimbang dengan risiko jangkitan COVID-19 katanya," katanya.
Seorang lagi pengunjung, K Dasi, 45, dia dan keluarga dalam perjalanan dari Terengganu memilih untuk singgah di Kuantan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan.
Menurut beliau, pada mulanya dia tidak bercadang untuk datang ke Pantai Teluk Cempedak kerana ada yang beritahu pantai ini akan sesak pada cuti hujung minggu ini.
"Pagi tadi saya datang untuk lihat keadaannya dan mendapati suasananya tenang, jadi kami sekeluarga ambil keputusan untuk habiskan lebih masa di sini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dijangkakan kemasukan kenderaan dari luar ke daerah ini meningkat 50 peratus sempena cuti hujung minggu ini.
Menurut beliau, ia berikutan orang ramai yang sudah menerima vaksin lengkap ambil peluang untuk balik kampung dan bercuti.
"Pihak polis akan melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) di lokasi tumpuan ramai termasuk di Teluk Cempedak bagi memastikan orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Kita juga akan melakukan pemeriksaan secara rawak ke atas orang ramai di lokasi pemantauan termasuk rekod vaksinasi melalui MySejahtera bagi memastikan mereka yang merentas negeri ke daerah ini mematuhi syarat vaksin lengkap," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 17 2021
Pengunjung bersantai menikmati keindahan suasana Pantai Teluk Cempedak sempena cuti hujung minggu pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Teluk Cempedak tenang, tidak begitu sesak
Tinjauan mendapati hanya berlaku sedikit peningkatan pengunjung berbanding hari biasa dengan keadaan masih terkawal serta tidak begitu sesak.