awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teman lelaki, kakak angkat remaja jatuh dari tingkat 16 positif dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
10/11/2024
11:10 MYT
Teman lelaki, kakak angkat remaja jatuh dari tingkat 16 positif dadah
Mayat remaja berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 11.45 malam sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis menahan teman lelaki dan kakak angkat kepada remaja perempuan yang ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim di sini pada Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, tangkapan dibuat selepas ujian saringan air kencing terhadap kedua-duanya individu berkenaan didapati positif dadah.
Menurutnya, suspek yang ditahan masing-masing berusia 18 dan 19 tahun.
"Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada jam 5.55 dan 6.05 pagi selepas didapati positif dadah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Bahaya 1952," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16 pangsapuri
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim di sini pada Sabtu.
Mayat remaja berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 11.45 malam sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Difahamkan, terdapat kesan kelar pada tangan kiri remaja terbabit dan dia dipercayai jatuh dari biliknya di tingkat 16 pangsapuri berkenaan.
Swee Sake sebelum ini berkata, siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Sinar Harian
Nyawa anda berharga, dapatkan bantuan.
Nyawa anda berharga, dapatkan bantuan.
Topic Berkaitan
#jatuh bangunan
#Farlim
#remaja maut
#teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan