KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac ini di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata tempahan melalui aplikasi itu adalah inisiatif kerajaan selain janji temu yang telah ditetapkan oleh aplikasi MySejahtera.
Ia bertujuan meluaskan lagi liputan dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak dalam kalangan rakyat Malaysia sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada penerima vaksin primer lengkap (dos 1 dan dos 2) bagi yang tidak mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya 31 Mac ini.
"Tujuan kemudahan ini adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat dan tanggungjawab individu terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan meluaskan akses kepada program vaksinasi sedia ada, terutamanya kepada warga emas bagi memastikan fasa peralihan kepada endemik yang akan bermula pada 1 April 2022 dapat dilaksanakan dengan selamat," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dr Anas berkata warga emas yang tidak divaksinasi atau tidak diberi suntikan dos penggalak dengan komorbiditi mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi jika mereka dijangkiti COVID-19.
"Memandangkan Ramadan semakin menghampiri, dinasihatkan agar golonganini segera mendapatkan dos penggalak secepat mungkin.Mari lindungi keluarga kita. Sama-sama kita tingkatkan tahap perlindungan kita sebelum memasuki fasa peralihan kepada endemik," katanya
Orang ramai boleh merujuk laman web ProtectHealth di www.protecthealth.com.my untuk melihat senarai PPV pilihan yang berdaftar di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di 'Find Vaccination Centre (PPV)'.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
Orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac ini di seluruh negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Tempahan janji temu dos penggalak kini tersedia di aplikasi MySejahtera
Orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac ini di seluruh negara.
Tempahan janji temu PICKids dibuka di seluruh negara 7 Mac
Sistem tempahan janji temu untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) menerusi aplikasi MySejahtera dibuka di seluruh negara pada 7 Mac ini.