IPOH: Kira-kira 120 buah kereta terpakai musnah apabila sebuah kawasan menyimpan kenderaan yang terletak di Jalan Bendahara, Kampung Temiang dekat sini, terbakar pagi ini.
Kebakaran turut menyebabkan kepulan asap dari lokasi kejadian mencemaskan penduduk setempat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bergegas ke lokasi kejadian sebaik
menerima panggilan pada pukul 10.30 pagi.
Menurut jurucakapnya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh telah dikerah ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.
“Kebakaran melibatkan tempat penyimpanan kereta potong (scrap car) dan dianggarkan 120 buah kereta terbakar dengan anggaran kemusnahan 80 peratus,” katanya di sini.
Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Kata jurucakap itu lagi, anggota bomba membuat pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki, tiga pancutan dari sumber air pili bomba.
Jurucakap itu berkata, kerja-kerja pemadaman turut dibantu anggota BBP Ipoh dan Kuala Kangsar di samping Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Pasir Pinji dan Menglembu.
Operasi yang diketuai PKPgB Mohd Fadzeli Che Hussin berakhir pukul jam 1.34 tengah hari.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jun 14 2022
Kira-kira 120 buah kereta terpakai musnah apabila sebuah kawasan menyimpan kenderaan yang terletak di Jalan Bendahara, Kampung Temiang Ipoh, terbakar pagi ini. - Gambar ihsan JBPM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
Tempat simpanan kenderaan terpakai terbakar, 120 kereta potong musnah
Jabatan Bomba dan Penyelamat menganggarkan kemusnahan kebakaran adalah sebanyak 80 peratus.