Skip to main content

Malaysia

Tempoh pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dilanjutkan hingga 30 Jun

Sumber: ASA
ASA 2026 merupakan edisi ke-37 pengiktirafan berprestij industri penyiaran Malaysia yang bertemakan "Segalanya Bermula Di Sini."
Advertisement

PUTRAJAYA: Tempoh pencalonan bagi Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 yang dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan hingga 30 Jun ini.

Jawatankuasa Pencalonan ASA 2026 dalam kenyataan hari ini memaklumkan, syarat utama penyertaan ialah semua pencalonan perlu dikemukakan melalui organisasi penyiaran berlesen dan pertama kali disiarkan di stesen penyiaran serta platform media baharu dalam tempoh antara 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2025.

"Sepanjang tempoh pencalonan, Kementerian Komunikasi turut menyediakan kemudahan untuk mengakses dan mengemukakan pencalonan melalui Sistem Pencalonan Anugerah Seri Angkasa (myASA) yang terletak di Makmal Komputer A, Aras 19, Kompleks Kementerian Komunikasi.

"Semua stesen penyiaran kerajaan dan swasta dipelawa mengemukakan pencalonan bagi 60 kategori secara dalam talian melalui laman rasmi di www.anugerahseriangkasa.gov.my,” menurut kenyataan itu

ASA 2026 merupakan edisi ke-37 pengiktirafan berprestij industri penyiaran Malaysia yang bertemakan "Segalanya Bermula Di Sini."

Diperkenalkan sejak 1972, anugerah itu bertujuan menghargai sumbangan dan usaha warga industri termasuk kru penerbitan, penerbit, pereka, juruhebah, penyampai rancangan serta kru teknikal yang memacu kejayaan industri kreatif negara.

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement