awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh sektor pelancongan pulih bergantung pembukaan sempadan luar

Bernama
Bernama
21/05/2022
20:00 MYT
Tempoh sektor pelancongan pulih bergantung pembukaan sempadan luar
Tempoh sektor pelancongan negara untuk kembali pulih seperti sebelum pandemik COVID-19 bergantung kepada pembukaan sempadan negara luar. -Gambar fail/BERNAMA
SEGAMAT: Tempoh sektor pelancongan negara untuk kembali pulih seperti sebelum pandemik COVID-19 bergantung kepada pembukaan sempadan negara luar, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Santhara Kumar.
Beliau berkata MOTAC sebenarnya merancang memulihkan sektor pelancongan negara dalam tempoh tiga tahun, namun ia bergantung kepada faktor tersebut.
Jelasnya sumbangan daripada sektor pelancongan pada 2019 yang mencapai RM89 bilion banyak bergantung kepada kedatangan pelancong dari negara luar khususnya China dan India.
"Sekarang China belum buka lagi untuk mereka keluar berkunjung, maksudnya daripada perancangan untuk menerima kehadiran pelancong luar, kita sudah bersedia kalangan pemain industri tetapi ia juga bergantung pada pembukaan sempadan di negara berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf Catur Kayu Segamat di Kolej Komuniti Segamat 2 di sini pada Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpendapat tempoh lima tahun disasarkan Tourism Malaysia untuk sektor pelancongan negara kembali pulih adalah terlalu lama.
Menurut Muhyiddin jika tempoh berkenaan diambil untuk memulihkan sektor tersebut, akan berlaku lebih banyak isu dan permasalahan lain.
Santhara berkata bagi meningkatkan sektor pelancongan negara, Malaysia akan turut memberi fokus menarik pelancong dari negara lain seperti negara Timur Tengah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#Pulih
#pandemik
#COVID-19
#MOTAC
#Santhara Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan