KEPALA BATAS: Seorang pekerja sub-kontraktor maut selepas seminggu dirawat di hospital akibat terjatuh ketika menjalankan kerja menukar siling di dewan sebuah institut kemahiran di sini pada Rabu lalu.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia 48 tahun terjatuh dari ketinggian 4.58 meter pada jam 5 petang, 12 September lalu.
"Selepas menerima laporan kemalangan itu, sepasukan pegawai penyiasat telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan pekerja sub-kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja selenggaraan dan pembaikan di institut tersebut.
"Sebelum kejadian, mangsa bersama dua orang pekerja lain sedang menjalankan kerja-kerja menukar siling berhadapan pentas di dewan institut itu. Selepas terjatuh, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Kepala Batas.
"Bagaimanapun, selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 20 September 2023," katanya pada Jumaat.
Kata DOSH Pulau Pinang lagi, susulan daripada kejadian tersebut, pihaknya telah mengeluarkan satu notis larangan dan bagi aktiviti bekerja di tempat tinggi sehingga langkah-langkah sewajarnya dijalankan oleh pihak berkaitan.
"DOSH Pula Pinang akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
"Kita memandang serius setiap kemalangan yang melibatkan pekerja atau orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.
"Selain itu, majikan juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja," katanya.
Tambahnya, ia bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan.
"Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC)," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 22 2023
Selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 20 September 2023. - Gambar hiasan
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Temui ajal selepas seminggu jatuh tukar siling
Selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 20 September 2023.