awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Adnan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/12/2020
02:01 MYT
Tengku Adnan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta
Tengku Adnan didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini disabitkan bersalah atas pertuduhan menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan ketika menyampaikan keputusan berkata pihak pembelaan yang diketuai Datuk Tan Hock Chuan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah atas pertuduhan itu.
Susulan Itu Mohamed Zaini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta ke atas ahli Parlimen Putrajaya Itu.
Hakim turut membenarkan penangguhan hukuman bagi pihak pembelaan memfailkan rayuan di peringkat seterusnya.
Ketua Peguam Bela Tan Hock Chuan berkata pihaknya akan memfailkan rayuan dalam masa 14 hari.
Dalam ringkasan penghakimannya, Mohamed Zaini berkata tiada bukti kukuh yang menyokong alasan Tengku Adnan bahawa beliau menerima wang itu bagi pihak Ibu Pejabat UMNO dan wang itu digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Selain itu, beliau berkata bukti berbentuk resit Ibu Pejabat UMNO yang dikemukakan Chai sebagai bukti pemberian dana berkenaan adalah meragukan kerana resit berkenaan tidak dikeluarkan mengikut turutan nombor bersiri buku resit itu.
“Saya telah meneliti resit ini dengan penuh teliti, apabila melihat ia seperti resit yang baharu, sangat luar biasa, sedangkan ia didakwa dikeluarkan empat tahun lepas iaitu pada 14 Jun 2016, dan disimpan di dalam beg duit Tan Sri Chai.
“Lebih mengejutkan, tarikh dan nombor siri yang tertera di atas resit itu tidak mengikut turutan dengan resit sebelum dan selepasnya.
"Mengikut buku resit berkenaan, tarikh resit dikeluarkan sebelum resit kepada Chai itu ialah pada 12 November 2018, dan resit selepasnya ialah pada 16 November 2018,” katanya lagi.
Selain itu, kata Mohamed Zaini, agak meragukan resit berkenaan datang dari Ibu Pejabat UMNO, sedangkan duit itu disalurkan terus ke syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd.
Ujarnya lagi, mana-mana pengaudit akaun Ibu Pejabat UMNO pasti akan bertanya mengapa resit dikeluarkan atas nama parti sedangkan duit tersebut langsung tidak dimasukkan ke akaun parti.
Mengulas lanjut, beliau menyebut bahawa kapasiti Tengku Adnan sebagai Menteri dan Setiausaha Agung UMNO serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan tidak memberi asas yang kukuh untuk beliau meraih wang kononnya bagi tujuan pilihan raya kecil (PRK).
Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB).
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini, pada 14 Jun 2016.
Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan kes bermula pada 2 Julai tahun lepas dengan pihak pendakwaan memanggil 23 saksi untuk memberi keterangan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#pertuduhan rasuah
#RM2 juta
#Mohamed Zaini Mazlan
#Chai Kin Kong
#bukti kukuh
#Ibu Pejabat UMNO
#PRK Sungai Besar
#PRK Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan