awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2024
07:41 MYT
Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor
Tengku Amir turut berkenan mencuba aktiviti mengancau ikan semasa lawatan ke Taman Agroteknologi MARDI Tanjong Karang pada Jumaat. - Foto/MARDI
KUALA SELANGOR: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam berkenan berangkat ke Taman Agroteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Tanjung Karang sempena Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Kuala Selangor yang bermula 10 hingga 12 Julai.
MARDI dalam kenyataan memaklumkan, sempena lawatan tersebut Tengku Amir turut diberikan penerangan mengenai teknologi dron penyembur racun dan penabur baja.
"Tengku Amir turut dipertontonkan aktiviti mengancau ikan oleh kakitangan MARDI dan turut berkenan mencuba aktiviti tersebut.
"Baginda juga telah mencemar duli menaiki belon udara panas bagi meninjau kawasan sawah dari pemandangan atas," kata kenyataan tersebut.
Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dan Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Sanimah Simoh.
Tengku Amir turut berkenan menyampaikan sumbangan baja kepada pesawah dalam program itu dan diakhiri dengan majlis santapan.
Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.
Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.
Topic Berkaitan
#MARDI
#Rumpun Selangor
#Raja Muda Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan