KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'yatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal menyantuni rakyat menerusi Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024, pada 3 hingga 6 Mac ini.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, Tengku Hassanal telah berkenan untuk menyertai ekspedisi itu yang dijadual bermula dari Pekan Riverfront hingga Tanjung Gahai, Lipis melibatkan jarak kira-kira 400 kilometer.
"Menerusi program ini baginda akan merentasi daerah Pekan, Maran, Bera, Temerloh, Jerantut dan Lipis melalui sungai sebelum menyantuni rakyat dengan beberapa pengisian program antaranya sesi perkhemahan di Tapak Rumah Warisan Chenor, Maran dan Kampung Gintong, Jerantut.
"Selain itu, turut diadakan pelbagai acara sukan dan kenduri rakyat serta penyampaian bantuan," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Ekspedisi berkenaan melibatkan 18 buah bot dan 150 peserta terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Tourism Pahang.
Sementara itu, Fadzli memaklumkan, kira-kira 50,000 peminat sukan permotoran dijangka membanjiri Serambi Teruntum di sini, sempena penganjuran RXZ Fighter pada 1 dan 2 Mac ini.
Beliau berkata, program julung kali diadakan itu akan diserikan dengan pelbagai pengisian acara antaranya solat subuh berjemaah, aktiviti perniagaan selain program pendidikan oleh PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Sambutan yang diterima setakat ini menggalakkan kerana jualan kemeja-T acara berkenaan telah terjual sebanyak 10,000 helai. Selain itu, acara ini secara tidak langsung dapat menjana ekonomi setempat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Tengku Hassanal bakal menyantuni rakyat menerusi Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024, pada 3 hingga 6 Mac ini. - Foto Kerajaan Negeri Pahang
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal
Hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.
Insiden kerabat Pahang didakwa pukul lelaki: 'Jika ada bukti, bawa ke mahkamah' - Tengku Hassanal
Tegas Tengku Hassanal lagi, baginda sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang.
"Tak ada kahwin... jangan kacau saya" - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal menafikan khabar angin baginda akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Tengku Hassanal bakal santuni rakyat menerusi Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang
Tengku Hassanal berkenan menyertai ekspedisi bermula dari Pekan Riverfront hingga Tanjung Gahai itu, melibatkan jarak kira-kira 400km.
Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.
Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.
Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.
Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.
Tiada siapa kebal daripada tindakan undang-undang - Tengku Hassanal
Agensi penguatkuasaan di Pahang perlu bersikap tegas dan tidak terlibat dalam amalan rasuah semasa melaksanakan tugas, titah Tengku Hassanal.
Putera Mahkota UAE adakan mesyuarat dua hala dengan Tengku Hassanal di Abu Dhabi
Putera Mahkota UAE Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengadakan pertemuan dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.