KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan baginda enggan melihat ada projek sakit atau lewat siap berlaku di Pahang selain mahu semua lokasi di negeri ini tidak ketinggalan dalam aspek komunikasi.
Baginda bertitah kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan seharusnya bekerjasama rapat dalam melaksanakan projek yang mendesak serta berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dan Belanjawan 2022 selain peruntukan yang ada perlu dibelanjakan dengan cepat dan betul agar rakyat menikmati manfaatnya.
"Ini termasuk pelaksanaan projek tebatan banjir dan pembangunan sistem amaran bencana serta penambahbaikan sistem saliran di lokasi berisiko tinggi berlaku bencana. Saya bertitah agar semua jabatan dan agensi dapat mempercepat pelaksanaan projek yang diluluskan dengan mematuhi peraturan dan tatacara sedia ada.
"Saya tidak mahu ada lokasi terutama di kawasan luar bandar yang masih langsung tidak menerima liputan Internet. Kawasan yang menerima liputan Internet perlahan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa," titah baginda.
Tengku Hassanal bertitah demikian semasa menyempurnakan Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Mengenai banjir, Tengku Hassanal menitahkan supaya kerajaan negeri mempercepat usaha membuat penempatan baharu bagi memindahkan mereka yang sering terlibat dengan bencana itu selain menyentuh tindakan kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membantu mangsa banjir dengan pelbagai bentuk bantuan berjumlah RM71 juta.
Tengku Hassanal turut menzahirkan sukacita dengan tindakan proaktif kerajaan negeri menarik RM987 juta pelaburan domestik dan RM9.8 bilion pelaburan antarabangsa ke Pahang selain kejayaan membawa pelaburan baharu bernilai RM5.5 bilion pada awal tahun ini melibatkan syarikat pelaburan termasuk dari Singapura, Korea Selatan dan China.
"Pelaburan ini mesti diurus dengan baik agar dapat memberi manfaat baik daripada aspek peluang pekerjaan mahupun limpahan ekonomi kepada rakyat saya," titah baginda.
Meskipun optimis dengan sasaran kutipan hasil sebanyak RM1 bilion untuk tahun ini mampu dicapai dengan komitmen semua pihak, Tengku Hassanal mengingatkan pentadbiran kerajaan negeri untuk terus melipatgandakan kecekapan pengurusan kutipan hasil negeri yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti tanpa membebankan rakyat.
Berhubung aspek pendidikan, Tengku Hassanal menitahkan kerajaan negeri menetapkan misi dan visi untuk memastikan Pahang mempunyai institusi pendidikan terbaik meliputi sekolah, kolej, universiti dan pusat tahfiz yang mampu dicapai menerusi pelaksanaan strategi tepat dan komiten semua pihak.
Baginda seterusnya menitahkan kerajaan negeri untuk terus menambah keluasan kawasan rizab hutan simpan kekal (HSK) setiap tahun walaupun kawasan HSK dan hutan simpan di negeri ini telah ditambah lebih 7,000 hektar menjadikan jumlah HSK kira-kira 1.6 juta hektar setakat ini, 'menobatkan' Pahang sebagai negeri yang mempunyai rizab hutan terbesar di Semenanjung Malaysia.
"Saya sedang menggerakkan usaha memelihara alam sekitar termasuk inisiatif untuk memelihara Harimau Malaya yang kini di ambang kepupusan. Jika kita semua tidak memberi perhatian sewajarnya, tidak mustahil anak cucu kita hanya mengenal Harimau Malaya sekadar dalam Jata Negara atau di kulit pasport," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022
Tengku Hassanal menitahkan supaya kerajaan negeri mempercepat usaha membuat penempatan baharu bagi memindahkan mereka yang sering terlibat dengan bencana banjir. - Gambar fail/BERNAMA
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.
Telatah Seduku tarik perhatian Tengku Hassanal di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Telatah Seduku, seekor orang utan menarik perhatian Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh.
Tengku Hassanal berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Premier Sarawak
Pada majlis santapan itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan.
Pemangku Raja Pahang berangkat tiba di Kuching untuk lawatan selama lima hari
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.
Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.
Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.
Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.
COP28: Tengku Hassanal dalam Agenda AWANI esok
Pemangku Raja Pahang mengupas mengenai peranan belia dan cabaran merakyatkan kefahaman mengenai agenda hijau kepada seluruh masyarakat.
Pemangku Raja Pahang kurnia darjah kebesaran, pingat Pahang kepada 198 penerima
Pemangku Raja Pahang,berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang kepada 198 penerima.