KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar Usul Tidak Percaya yang dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dikemukakan di Dewan Rakyat.
Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantar beliau kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 25 September lalu.
Tengku Razaleigh berkata pencadang usul tersebut iaitu, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membenarkan usul itu dibahaskan sebanyak dua kali dengan cara menyenaraikannya di penghujung senarai perbahasan.
Katanya, dengan cara itu perbahasan terhadap usul tersebut terhalang di samping pengundian terhadapnya tidak dapat dilaksanakan oleh Dewan Rakyat.
Tengku Razaleigh berpendapat Usul Tidak Percaya itu amat penting atas beberapa sebab antaranya kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri.
"Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-Ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan DYMM Yang di-Pertuan Agong.
"Saya berpendapat bahawa usul tersebut seharusnya dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera agar kerajaan kepimpinan perdana menteri kini dapat mengesahkan kewajarannya di Dewan Rakyat.
"Saya membuat cadangan ini berpandukan Perkara 62, Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Menerusi surat itu juga, veteran UMNO itu mendedahkan beliau telah ditawarkan jawatan Penasihat Petronas oleh perdana menteri namun menolaknya.
"Saya menolaknya kerana prihatin terhadap Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan "Hilang kelayakan menjadi ahli parlimen" sekiranya dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan.
"Bahagian kecil (sub-section) ini bertujuan mencegah Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada menyokong atau pun mengundi demi menyokong kerajaan bagi maksud "penyogokan politik"," katanya lagi.
BACA: Ku Li dipanggil menghadap Agong untuk beri pandangan
Azhar kemudiannya pada 29 September membalas surat tersebut dan menerangkan bahawa dakwaan bahawa perdana menteri tidak membenarkan Usul Tidak Percaya dibahaskan dengan menyenaraikan di penghujung Aturan Urusan Mesyuarat adalah tidak benar.
Beliau menjelaskan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa urusan Kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain.
"Oleh yang demikian, kesemua urusan Rang Undang-undang dan Usul Urusan-urusan Kerajaan telah didahulukan semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 mulai 13 Julai hingga 27 Ogos 2020," katanya.
BACA: Undi tidak percaya Muhyiddin: Usul Mahathir disenarai, giliran 27
Azhar turut menyarankan agar Tengku Razaleigh berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan sekiranya beliau mahu usul-usul persendirian diberi keutamaan.
"Sepertimana dijelaskan, semua keputusan saya selaku Tuan Yang di-Pertua mengenai apa jua usul untuk diberikan keutamaan sepatutnya hendaklah dikemukakan dan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Mesyuarat," katanya lagi.
Irwan Muhammad Zain
Wed Oct 14 2020
Tengku Razaleigh berpendapat Usul Tidak Percaya itu amat penting atas beberapa sebab antaranya kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri. - Gambar Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri tanpa mengira parti digalakkan untuk turun beramai-ramai menunaikan tangggungjawab masing-masing pada hari mengundi esok.
PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik
Calon BN bagi PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk.
BN akan terus perjuang isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan - Ku Li
BN akan terus memperjuangkan isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan yang telah berlarutan puluhan tahun.
‘Mereka sudah pindah kiblat, wajar kosongkan kerusi’ - Ku Li
Ahli Parlimen atau ADUN yang menyatakan sokongan kepada parti lain disifatkan sudah berpindah pendirian dalam perjuangan politik.
PRN: Lantik Ku Li pengarah pilihan raya, Amanah serah pada BN
Amanah berkata pihaknya tidak memaksa BN untuk menerima keputusan tersebut.
Ku Li dilantik Penasihat UMNO - Laporan
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai penasihat kepada parti berkenaan, menurut sumber.
Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.
Pemilihan UMNO: Tengku Razaleigh pertahan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang sejak 1962
Ku Li berjaya meraih 453 undi berbanding dua pencabarnya Che Mohd Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undi.
Wakil Ku Li gagal batalkan keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Petisyen ini didapati difailkan dengan tidak mematuhi undang-undang kerana melepasi had masa 28 hari.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.