awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Razaleigh tiada hasrat sandang jawatan Penasihat Petronas

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2016
14:48 MYT
Tengku Razaleigh tiada hasrat sandang jawatan Penasihat Petronas
KU LI: Peruntukan undang-undang menyatakan penasihat syarikat petroleum negara itu harus dilantik dalam kalangan bekas pemimpin.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan beliau tidak berhasrat untuk menyandang jawatan penasihat syarikat petroleum negara, Petronas.
Beliau berkata, tiada peruntukan undang-undang menyatakan penasihat syarikat petroleum negara itu harus dilantik dalam kalangan bekas pemimpin.
“Tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang menubuhkan Petronas. Setahu saya ada peruntukan dalam undang-undang Akta Kemajuan Petroleum untuk mewujudkan majlis penasihat petroleum yang akan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan, pakar mengenai minyak dan wakil negeri pengeluar minyak dan itulah badan penasihat yang boleh menasihatkan kerajaan tentang dasar minyak, lombong dan sebagainya,” kata Tengku Razaleigh ketika ditemui wartawan di sini hari ini.
Tengku Razaleigh atau mesra dengan panggilan Ku Li, sebelum ini antara tokoh dikaitkan menggantikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas selepas disingkirkan daripada jawatan itu pada Jumaat.
BACA: Kerajaan tamatkan perlantikan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas
BACA: Petronas hormati keputusan kerajaan mengenai kedudukan Dr Mahathir
Antara tokoh lain yang turut disebut termasuk bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sementara itu, Ku Li berkata isu jawatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas bukan sesuatu yang baharu.
Katanya, sudah lama Dr Mahathir ingin meletak jawatan sebagai penasihat Petronas namun hasratnya itu ditolak kerajaan.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Gua Musang
#Dr Mahathir Mohamad
#Petronas
#Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari menegaskan beliah tidak berhasrat untuk menyandang jawatan penasihat syarikat petroleum negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan