awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tercemar: Loji rawatan air Sungai Semenyih ditutup semula

Bernama
Bernama
23/09/2016
14:05 MYT
Tercemar: Loji rawatan air Sungai Semenyih ditutup semula
Siasatan awal mendapati satu punca pencemaran dari Sungai Lalang di kawasan Hitech Semenyih. - Gambar fail
Loji rawatan air Sungai Semenyih terpaksa ditutup semula akibat pencemaran yang dikesan di Sungai Semenyih pada pukul 1.30 tengah hari tadi.
Dalam kenyataan hari ini oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah berkata siasatan awal mendapati satu punca pencemaran dari Sungai Lalang di kawasan Hitech Semenyih dan kandungan sampel airnya sedang diuji untuk mengenal pasti kandungan bahan cemar.
"Bekalan air bantuan akan dihantar terus melalui lori tangki air ke empat daerah yang mengalami gangguan sehingga bekalan air pulih," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, daerah yang mengalami gangguan bekalan air adalah seperti daerah Hulu Langat di Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching manakala daerah Kuala Langat meliputi Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.
Daerah seperti Petaling iaitu mereka yang tinggal dikawasan USJ 1-27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang serta kawasan di daerah Sepang meliputi Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab juga mengalami gangguan bekalan air.
Amin berkata segala kesulitan amat dikesali dan pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini dan butir-butir kawasan yang terlibat melalui aplikasi telefon pintar 'mySyabas dan layari laman web www.syabas.com.my.
Semalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd menghentikan operasi loji rawatan air Sungai Semenyih akibat pencemaran air mentah yang dikesan pada pukul 6.00 petang tetapi ia beroperasi semula dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat bermula dari awal pagi tadi. --BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji rawatan air
#mySyabas
#pencemaran air
#Sungai Semenyih
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan