Skip to main content

Malaysia

'Terdedah kurang 1 meter, lebih 15 minit' - Dr Noor Hisham perjelas maksud kontak rapat

71609122389_TBHisham.jpg
KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pengesanan kontak rapat ke atas mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 adalah sangat penting pada ketika ini. 

Langkah itu bagi mengekang jangkitan COVID-19 daripada berleluasa. 

"Adalah amat penting untuk menjalankan pengesanan kontak rapat kepada mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 untuk membendung jangkitan dengan segera," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter pada Khamis. 

Beliau turut menjelaskan definisi sebenar kontak rapat.

"Kontrak rapat adalah mereka yang terdedah kepada kes positif kurang daripada jarak satu meter dan melebihi 15 minit," ujarnya.


Advertisement

Must Watch Video