awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu dilanda banjir gelombang kelima

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/01/2021
15:17 MYT
Terengganu dilanda banjir gelombang kelima
Situasi hujan lebat sejak dua hari lalu mengakibatkan seramai 138 mangsa di dua daerah berkenaan kembali terjejas pada Ahad. - Gambar fail/BERNAMA
KEMAMAN:Terengganu sekali lagi terpaksa berdepan dengan situasi banjir apabila daerah Dungun dan Kemaman kembali terjejas menerusi gelombang banjir kelima di negeri itu.
Situasi hujan lebat sejak dua hari lalu mengakibatkan seramai 138 mangsa di dua daerah berkenaan kembali terjejas pada Ahad.
Berikutan keadaan itu, sebanyak tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 40 keluarga di kedua-dua daerah tersebut.
Menurut Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, dua PPS telah dibuka di daerah Dungun manakala satu lagi PPS bagi daerah Kemaman.
“Seramai 60 mangsa melibatkan 21 keluarga dipindahkan ke PPS dewan orang ramai Kampung Pasir Raja manakala 32 mangsa membabitkan lapan keluarga ditempatkan di dewan serbaguna Kampung Shukor.
“Di kemaman pula seramai 46 mangsa melibatkan 11 keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Teladas.
“Kesemua PPS itu dibuka sekitar jam 5 dan 6.30 petang Ahad,” katanya.
Terdahulu, banjir gelombang keempat melanda Terengganu sejak 17 Disember lalu pulih sepenuhnya dengan kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada 23 Disember lalu.
Gelombang keempat banjir di Terengganu menyaksikan lebih 8,000 mangsa terjejas selain Kemaman merekodkan jumlah tertinggi iaitu lebih 7,000 mangsa.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Kemaman
#Dungun
#banjir terengganu
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan