awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu mahu kurangkan kebergantungan pada royalti petroleum

Bernama
Bernama
16/08/2023
08:16 MYT
Terengganu mahu kurangkan kebergantungan pada royalti petroleum
Ahmad Samsuri berkata antara perancangan yang digariskan termasuk membuka kawasan industri baharu di Besut dan Setiu. - Gambar/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan memfokuskan kepada pembangunan industri selain daripada petroleum, bagi mengurangkan kebergantungannya daripada royalti komoditi itu yang diterima setiap tahun.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata antara perancangan yang digariskan termasuk membuka kawasan industri baharu di Besut dan Setiu yang kurang mendapat perhatian dan dimajukan sebelum ini.
"Mengambil kira kewujudan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang fokus pada kargo, kalau kita tidak ambil peluang dari sekarang, dalam masa tiga tahun lagi operasi ECRL baru nak mula (kita) dah terlambat.
"Jadi kita akan gerakan segera seluruh jentera ke arah mewujudkan kawasan industri baharu terutama di kawasan sebelum ini yang kurang diberi fokus seperti di utara negeri ini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Menurut Ahmad Samsuri lagi Terengganu juga telah berjaya mengurangkan kebergantungannya daripada hasil royalti petroleum sebanyak empat peratus pada penggal lalu.
Beliau berkata antara pendekatan yang diambil termasuk kaedah, sumber percukaian baharu serta pewartaan Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 yang turut memberi hasil kepada negeri.
"Jangkaan kita ialah untuk capai hasil RM100 juta setahun daripada sumber air. Walaupun kita sedar pelaksanaan itu tak mudah, (tetapi) kita dah berjaya kutip hasil pada tahun pertama.
"Selain itu kita juga akan lihat pada cukai-cukai baharu seperti cukai galian yang sudah lama kita tidak menyemaknya semula," katanya
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terengganu
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Royalti petroleum
#sumber baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan