awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu mahu royalti petroleum dibayar lima peratus berdasarkan pengeluaran

Bernama
Bernama
01/08/2018
15:00 MYT
Terengganu mahu royalti petroleum dibayar  lima  peratus berdasarkan pengeluaran
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri mahu Kerajaan Persekutuan memberikan royalti berdasarkan pengeluaran seperti yang dipersetujui. - Gambar fail
Kerajaan Terengganu kekal dengan pendirian agar royalti minyak lima peratus dibayar kepada negeri itu berdasarkan pengeluaran dan mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri mahu Kerajaan Persekutuan memberikan royalti berdasarkan pengeluaran seperti yang dipersetujui.
"Kalau ada sebarang usaha untuk mengkaji sama ada untuk memenuhi keperluan manifesto pilihan raya yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan (PH), itu boleh dibuat oleh mereka kerana mereka adalah kerajaan di peringkat pusat.
"Kita rasa dan kita yakin bahawa komitmen yang sebetulnya pada peringkat ini adalah apa yang telah dipersetujui (lima peratus berdasarkan pengeluaran) itu haruslah ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini pada Rabu.
Katanya, perbincangan mengenai royalti minyak ada disentuh ketika kunjungan Presiden Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin ke negeri itu baru-baru ini.
Pada 20 Julai lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum dibuat berdasarkan jumlah keuntungan diperoleh dari negeri berkenaan.
Dr Mahathir sebelum itu dilaporkan berkata kerajaan Pakatan Harapan komited merealisasikan janjinya yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Exco
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Manifesto
#Menteri Besar
#minyak
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Petronas
#pilihan raya
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan