awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu, Selatan Thailand kerjasama banteras sijil nikah palsu

Bernama
Bernama
11/03/2018
08:55 MYT
Terengganu, Selatan Thailand kerjasama banteras sijil nikah palsu
Pada tahun lalu, terdapat antara 40 dan 50 kes pernikahan yang dijalankan sindiket tertentu kononnya pernikahan berlaku di Selatan Thailand. - Gambar hiasan
Kerajaan Terengganu akan bekerjasama dengan Pejabat Konsulat Malaysia di Selatan Thailand agar kaedah mencatat nombor siri pada sijil perkahwinan melibatkan pasangan berasal dari negeri ini, dilaksanakan di kawasan berkenaan.
"Saya dimaklumkan pada tahun lalu, terdapat antara 40 dan 50 kes pernikahan yang dijalankan sindiket tertentu kononnya pernikahan berlaku di Selatan Thailand, namun sebenarnya pernikahan itu berlaku di Terengganu.
"Ini disebabkan pasangan suami isteri itu tidak memikirkan kesan negatif di sebalik perbuatan mereka...selalunya melibatkan kes berpoligami kerana enggan membuat permohonan nikah di mahkamah syariah," kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd agar kerajaan negeri bekerjasama dengan Pejabat Konsulat Malaysia di Selatan Thailand untuk mengatasi masalah tersebut.
Baru-baru ini, Wan Mohd Zakri berkata perbuatan menggunakan sijil nikah palsu itu hanya terbongkar selepas soal siasat dilakukan terhadap saksi dan ahli keluarga pasangan yang hadir pada masa pernikahan dijalankan.
Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil berkata impak perkahwinan yang tidak sah itu akan memberi kesan lebih besar terutama dari segi perwarisan harta pusaka dan wali untuk zuriat.
"Dari segi hukum syarak, perkahwinan itu tidak sah kerana pasangan tidak menggunakan wali hakim yang sah sekalipun jika pernikahan berlaku dalam negara...ia tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran jurunikah wali hakim yang mendapat perkenan Sultan Terengganu.
"Insya-Allah melalui kaedah nombor siri itu dapat memastikan perkara ini tidak lagi berulang pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ghazali taib
#mahkamah
#perkahwinan
#sijil nikah
#sijil nikah palsu
#syariah
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan