awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu sertai pameran WTM di London tarik pelancong asing

Bernama
Bernama
08/11/2022
05:25 MYT
Terengganu sertai pameran WTM di London tarik pelancong asing
Pakej pelancongan istimewa, 'Beautiful Terengganu' juga disediakan khas untuk pengunjung WTM dengan harga serendah RM785. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Penyertaan Terengganu pada pameran pelancongan antarabangsa, World Travel Market (WTM) di London merupakan antara langkah proaktif yang diambil kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong khususnya dari Eropah ke negeri itu.
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Fadli Zakaria berkata pihaknya mengambil peluang tersebut untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri yang terkenal dengan keindahan pulau serta tasik yang indah dan unik di WTM yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.
"WTM adalah platform yang baik untuk kita mengetengahkan produk pelancongan yang berpotensi ke luar negara terutama pasaran Eropah.
"Diharap ia mampu menarik lebih banyak kunjungan pelancong ke negeri ini tahun depan bagi meningkatkan lagi janaan ekonomi negara, negeri dan juga rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadli berkata pihaknya turut melancarkan pakej pelancongan istimewa, 'Beautiful Terengganu' khas untuk pengunjung WTM dengan harga serendah RM785.
Ia meliputi pengalaman percutian lima hari empat malam di Bandaraya Kuala Terengganu, pulau, Tasik Kenyir dan pelbagai tarikan ikonik yang ada di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#terengganu
#world trade market
#London
#pameran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan