KUALA TERENGGANU: Meskipun ditadbir oleh kerajaan negeri dari blok pembangkang, Terengganu ternyata sama sekali tidak pernah dianaktirikan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Pembangunan Negeri di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Terengganu Abdul Kahar Abdul Latif berkata Kerajaan Persekutuan, telah menyediakan peruntukan pelaksanaan projek pembangunan agak tinggi untuk Terengganu, yang ditadbir PAS.
"Jika dilihat kepada unjuran peruntukan pembangunan bagi projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) mengikut tahun bermula dari Rolling Plan Pertama (RP1) bagi tahun 2021 sehingga sekarang, jumlah peruntukan untuk Terengganu terus meningkat.
"Pada RP1 RMK12, sebanyak RM725.96 juta telah diluluskan dengan jumlah projek sebanyak 225. Pada tahun 2022 iaitu RP2 RMK12, sebanyak RM1.37 bilion telah diluluskan bagi 365 projek, manakala RP3 sebanyak RM1.39 bilion pula diluluskan melibatkan 407 buah projek," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Bersama Media 2023, di sini.
Abdul Kahar berkata sebanyak RM1.19 bilion telah dibelanjakan setakat ini daripada keseluruhan RM1.39 bilion yang diterima, sekali gus meletakkan prestasi perbelanjaan Terengganu di kedudukan keempat tertinggi di Malaysia.
Memperincikan lebih lanjut, Abdul Kahar berkata daripada 407 buah projek RP3 RMK12, beberapa projek berimpak besar kini sedang dilaksanakan, antaranya pembinaan Hospital Kemaman dan Hospital Dungun yang masing-masing menelan kos RM405.41 juta dan RM145.83 juta.
"Antara lain, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus yang bernilai RM5 juta, Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan di Kawasan Tadahan Kuala Terengganu Selatan (RM418.15 juta), dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus (RM69.92 juta)," katanya.
Abdul Kahar berkata beberapa projek keutamaan negeri juga telah berjaya disiapkan pada tahun ini, antaranya Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka yang menelan kos RM150 juta, Projek Perumahan Rakyat Kuala Nerus (RM94.24 juta), serta meninggikan aras Jalan Chukai ke Air Putih di Kemaman (RM57.59 juta).
"Kami juga telah melaksanakan 615 projek kecil meliputi penyelenggaraan jalan, longkang, dewan orang ramai, masjid, surau, pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir, serta pelbagai ameniti sosial berjumlah RM39.76 juta.
"Ini termasuk masjid yang masih dalam pembinaan iaitu Pembinaan Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya bernilai RM11.19 juta, Masjid Kampung Langgar di Kuala Berang (RM5.3 juta), dan Masjid Kuala Kubang di Jabi, Besut (RM2.87 juta)," katanya.
Justeru, beliau berkata meskipun pentadbiran kerajaan negeri Terengganu tidak sehaluan secara politik dengan kerajaan pusat, namun hubungan baik yang terjalin antara Terengganu dan Putrajaya akan terus memungkinkan pembangunan di negeri ini untuk manfaat setiap rakyatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Abdul Kahar berucap pada Majlis Ramah Mesra Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Bersama Media 2023, di Kuala Terengganu malam tadi. - Facebook Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Jumlah jawatan bagi ST1 2024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
57 maut, 22 masih hilang akibat banjir lava sejuk di Sumatra Barat
Pegawai kanan agensi bencana tempatan pada petang Selasa memaklumkan, banjir pada malam Sabtu itu memusnahkan bangunan, jalan raya dan kemudahan lain di Kabupaten Tanah Datar, Agam dan Pariaman, serta bandar Padang Panjang.
Rogol kanak-kanak, jurukimpal dipenjara enam tahun, satu sebatan
Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.
Mengimbangi aspirasi belia berkemahiran tinggi dan rendah
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Rabu membincangkan berkenaan topik kadar pengangguran yang menurun, namun kadar guna tenaga penuh masih lagi rendah.
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti secara langsung sidang media mingguan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya.
Terengganu tidak dianaktirikan, peruntukan projek pembangunan terus meningkat
Abdul Kahar berkata Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan pelaksanaan projek pembangunan agak tinggi untuk Terengganu.