KUANTAN: Hati ibu bapa mana yang tidak bangga melihat anak yang dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh berjaya ke menara gading.
Begitu juga dengan, Tahir Untong, 57, bapa kepada Nurbatrisyia Husna Tahir, 19, mahasiswi baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang mendaftar di universiti itu, Sabtu lalu.
Tahir bersama keluarganya sanggup datang dari Lawas, Sarawak menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur sebelum menaiki bas ke Kuantan bagi memastikan anaknya itu dapat mendaftar masuk ke UMPSA bagi mengikuti pengajian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum) dengan kepujian.
Nurbatrisyia berkata, ayahnya yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok, Lawas teruja untuk menemaninya walaupun terpaksa datang dari jauh.
"Saya terharu dengan pengorbanan ayah dan keluarga apabila mereka juga sanggup berjalan kaki tengah panas bagi memastikan saya dapat mendaftar pada hari itu.
"Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa ayah dan ibu,” katanya seperti yang dilaporkan UMPSA.
Kisah keluarga Nurbatrisyia mendapat perhatian apabila klip video mereka berjalan kaki memasuki UMPSA pada hari pendaftaran Sabtu lalu tular di media sosial.
Rakaman berdurasi satu minit dan 13 saat itu menyentuh hati netizen.
Menerusi video itu, kelihatan pihak universiti bergegas mendapatkan kenderaan untuk membantu keluarga berkenaan membawa bagasi masuk ke dalam kampus.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan keluarga itu kerana sanggup berpanas untuk menghantar anak ke universiti.
“Semoga dimurahkan rezeki seluas langit dan bumi buat ibu ayah dan anak ini, belajar rajin-rajin. Semoga berjaya nanti insya-Allah,” kata salah seorang netizen menerusi komennya.
Sementara itu, dua pasangan kembar antara yang mencuri tumpuan pada hari pendaftaran mahasiswa baharu UMPSA bagi Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024.
Pasangan kembar itu, Sarah Antasha Shahren dan adiknya Farah Antasha Shahren, 20, mendaftar di UMPSA Kampus Gambang manakala Noora Haidah Azmi dan adiknya, Noora Hanim Azmi pula mendaftar di UMPSA Pekan.
Sarah Antasha dan Farah Antasha yang berasal dari Puchong, Selangor bersyukur apabila impian mereka untuk menyambung pengajian di UMPSA bersama tercapai.
“Kami tidak pernah berpisah sejak kecil lagi, jadi apabila ditawarkan ke universiti yang sama, ia sesuatu yang amat menggembirakan.
“Kedua-dua ibu bapa juga bersyukur apabila kami ditempatkan di universiti yang sama walaupun bidang pengajian berbeza," katanya.
Sarah Antasha ditawarkan pengajian Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal manakala adiknya dalam program Sarjana Muda Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
Sementara itu, Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Ts Yuserrie Zainuddin berkata, pendaftaran mahasiswa baharu berjalan lancar di kampus Pekan dan Gambang dibantu petugas dari pelbagai jabatan dan sukarelawan melibatkan 120 Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar (PEKA) serta fasilitator Minggu Induksi Siswa (MINDS).
Beliau berkata, pihak UMPSA melalui Unit Kebajikan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sentiasa berhubung dengan pelajar baharu termasuklah mengurus berkaitan kemudahan pengangkutan pelajar di lapangan terbang di Kuantan, Terminal Bas Kuantan dan mengambil mereka dari rumah bagi yang memerlukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023
Kisah keluarga Nurbatrisyia mendapat perhatian apabila klip video mereka berjalan kaki memasuki UMPSA pada hari pendaftaran Sabtu lalu tular di media sosial. - Gambar/ Media sosial
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.
Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial
Detik itu dirakam ketika upacara pertabalan Raja Charles III di Istana St. James di sini, pada Sabtu lalu.
Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.
Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.
Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.
Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
"Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu."
"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah ibu tunggal lima anak, Suzanne Anton, 45, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan kepada golongan M40.
Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.
Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.