awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terima kasih, saya sedar banyak habis masa bekerja' - ucapan Tun M buat isteri

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
12/07/2019
15:31 MYT
'Terima kasih, saya sedar banyak habis masa bekerja' - ucapan Tun M buat isteri
Dalam entri yang dimuat naik di laman sosial miliknya malam ini, Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana memahami tanggungjawabnya sebagai pemimpin negara.
Seperti yang anda sedia maklum isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah pun mencecah usia genap 93 tahun hari ini.
Tarikh istimewa 12 Julai ini telah membawa kepada ribuan ucap selamat dan doa disampaikan oleh rakyat Malaysia di seluruh platform media sosial sejak awal pagi ini.
Dalam ribuan ucapan yang diterima, tidak ketinggalan menyampaikan ucapan kepada Dr Siti Hasmah ialah suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam entri yang dimuat naik di media sosial miliknya sekitar jam 10.30 malam, Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana memahami tanggungjawabnya sebagai pemimpin negara.
“Selamat Hari Lahir kepada isteri saya, Hasmah. Terima kasih kerana sentiasa bersama dan menemani saya.
“Saya sedar masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja, lebih-lebih lagi sekarang kerana itu saya menghargai kesabaran isteri saya. Semoga diberkati Allah sentiasa,” tulis Dr Mahathir di laman Facebook dan Instagram.
VIDEO: Selamat Hari Jadi yang ke-93 Tun Dr Siti Hasmah
Rata-rata netizen dilihat turut sama gembira dan memberikan respons terhadap entri yang dibuat Dr Mahathir, menyatakan beliau sangat bertuah kerana memiliki isteri sebaik Dr Siti Hasmah.
“Tun sangat bertuah mempunyai isteri seperti Tun Dr Siti Hasmah. Dia satu dalam sejuta! Selamat hari lahir Tun Dr Siti Hasmah,” tulis Kumari Indira.
“Semoga kedua-dua Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah dirahmati Allah s.w.t dengan diberikan kekuatan untuk saling melengkapi dalam membina semula kecemerlangan negara,” tulis Hashim Suboh.
“Happy birthday Tun dan isteri. Semoga Allah memelihara keimanan dan kesejahteraan sentiasa buat Tun berdua,” tulis Salwa Khalid.
Dr Siti Hasmah yang berusia 93 tahun hari ini sekali gus meletakkan beliau sebagai isteri kepada pemimpin tertua di dunia.
Pada 10 Julai lalu, Dr Mahathir menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang ke-94.
BACA: Di hari lahir, Tun M tiba di Parlimen 8.10 pagi
BACA: Agong buat 'surprise' untuk Tun Mahathir
Jika anda belum berkesempatan untuk mengucapkan Selamat hari Lahir kepada Perdana Menteri, anda boleh sertakan ucapan anda di pelbagai platfom media sosial Astro AWANI dengan hashtag #TunSiti93.
View this post on Instagram
Happy Birthday to my wife Hasmah. Terima kasih kerana sentiasa bersama dan menemani saya. Saya sedar masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja, lebih-lebih lagi sekarang kerana itu saya menghargai kesabaran isteri saya. Semoga diberkati Allah sentiasa.
A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on
Jul 12, 2019 at 7:34am PDT
Topic Berkaitan
#Facebook
#Mahathir Mohamad
#media sosial
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#ulang tahun kelahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan