awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima rasuah bulanan, SPRM tahan eksekutif pasar raya

Bernama
Bernama
21/06/2021
22:12 MYT
Terima rasuah bulanan, SPRM tahan eksekutif pasar raya
Difahamkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi ini untuk permohonan reman.
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang eksekutif wanita sebuah pasar raya terkemuka bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan hampir RM40,000 dan dua syarikat pembersihan.
Sumber SPRM memberitahu suspek wanita berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 3.30 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.
Menurut sumber, difahamkan suspek didakwa meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kedua-dua syarikat pembersihan sebagai balasan memastikan syarikat-syarikat tersebut mendapat kontrak pembersihan di beberapa bangunan pasar raya berkenaan yang terletak di Melaka, Johor dan Selangor sejak 2018 hingga tahun ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Difahamkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi ini untuk permohonan reman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#eksekutif
#Rasuah
#pasar raya
#wanita
#SPRM Selangor
#kontrak pembersihan
#Alias Salim
#reman
#MAHKAMAH Majistret Shah Alam
#syarikat pembersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan