awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima upah RM200 seludup 1.3 tan daun ketum, tiga lelaki ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/06/2022
04:50 MYT
Terima upah RM200 seludup 1.3 tan daun ketum, tiga lelaki ditahan
Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga lelaki itu warga tempatan itu berasal dari Kuala Kedah berusia 33 hingga 39 tahun. - Foto ihsan APMM
ALOR SETAR: Taktik menggunakan bot nelayan untuk menyeludup keluar sejumlah 1.3 tan daun ketum dilakukan tiga lelaki gagal apabila ditahan sepasukan anggota anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah, pada Khamis.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pergerakan bot nelayan tempatan kelas A terbabit dikesan mencurigakan sedang bergerak keluar dari muara Kuala Kedah kira-kira jam 2.20 pagi.
“Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek cuba untuk melarikan diri dengan bertindak memecut bot namun berjaya dipintas bot ronda Maritim Malaysia.
"Hasil pemeriksaan mendapati, menemui 130 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum diletakkan di bahagian tengah bot dan ditutupi kanvas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azreyanti berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga lelaki itu warga tempatan itu berasal dari Kuala Kedah berusia 33 hingga 39 tahun.
“Mereka mengaku menerima upah RM200 seorang bagi satu perjalanan,” katanya.
Ketiga-tiga suspek ditahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.
Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya.
Menurut Noor Azreyanti keseluruhan daun ketum bernilai RM234,000 manakala bot bernilai RM70,000 dirampas dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.
Jelasnya, ini merupakan tangkapan kedua membabitkan warga tempatan dan rampasan keenam bagi Zon Maritim Kuala Kedah bermula Januari.
Topic Berkaitan
#seludup ketum
#APMM
#bot nelayan
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan