awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lula kritik Trump kerana cuba "tadbir dunia" melalui media sosial
Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama, ilmu - Zulkifli
Tiada isu dijangka timbul ketika Nik Faisal dilantik sebagai pemegang mandat akaun AmBank - Najib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terjemahan silap titah Agong: Polis rakam percakapan dua pegawai kanan China Press

Bernama
Bernama
21/01/2026
11:45 MYT
Terjemahan silap titah Agong: Polis rakam percakapan dua pegawai kanan China Press
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata Ketua Editor dan Sub-Editor syarikat akhbar itu hadir bagi proses rakaman percakapan kira-kira 1 tengah hari tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah merakam percakapan dua pegawai kanan China Press bagi membantu siasatan berhubung hantaran Facebook yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata Ketua Editor dan Sub-Editor syarikat akhbar itu hadir bagi proses rakaman percakapan kira-kira 1 tengah hari tadi.
"Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Siasatan masih diteruskan dan masyarakat diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini sementara PDRM melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan dijalankan selepas pihak polis mengesan satu hantaran melalui akaun Facebook rasmi media berkenaan pada 19 Jan lepas yang memaparkan penterjemahan silap titah ucapan Seri Paduka Baginda semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, dua hari lepas.
Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam yang jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula menyentuh mengenai penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terjemahan silap titah Agong
#China Press
#rakam percakapan
#JSJ Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan