Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Agong perkenan tamatkan darurat jerebu di Serian

SERIAN, 4 Sept - Keadaan berjerebu yang dirakam di Jalan Serian-Sri Aman, hari ini. Daerah Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 518 setakat 10 pagi ini, sekali gus berada pada tahap sangat berbahaya akibat jerebu rentas sempadan. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, laporan agensi menunjukkan bacaan IPU di Serian tidak lagi berada pada paras bahaya. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menamatkan pengisytiharan darurat bagi seluruh Bahagian Serian, Sarawak yang diisytihar susulan keadaan jerebu sebelum ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, perkenan itu diberikan selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, pandangan Premier Sarawak serta laporan agensi berkaitan.

Menurut kenyataan itu, laporan agensi menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian tidak lagi berada pada paras bahaya.

"Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dengan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat.

"Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan jerebu dengan rapi.

"Penduduk di kawasan terjejas turut dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa," kata kenyataan itu.

Jumaat lalu, Sultan Ibrahim memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Must Watch Video

Advertisement