awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Manchester United cipta sejarah hitam selepas tersingkir Piala FA
Hari pertama persekolahan SJKC Ladang Regent Elmina meriah, AI jadi tarikan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Banjir: JKR gerakkan penggunaan 'Launching Nose' di negeri terkesan

Bernama
Bernama
26/11/2025
06:30 MYT
[TERKINI] Banjir: JKR gerakkan penggunaan 'Launching Nose' di negeri terkesan
Nanta melihat pelan projek pada Majlis Perasmian Lintasan Pejalan Kaki Searas Berlampu Isyarat (LPKSI) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Gadong, Kuala Langat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LANGAT: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mula menggerakkan penggunaan 'Launching Nose' bagi pembinaan jambatan sementara di negeri-negeri yang infrastrukturnya mengalami kerosakan akibat banjir.

Ringkasan AI
  • JKR akan gunakan 'Launching Nose' untuk bina jambatan sementara akibat banjir di 107 lokasi terjejas di pelbagai negeri.
  • Terdapat 50 jalan persekutuan dan 57 jalan negeri yang rosak disebabkan banjir di beberapa negeri termasuk Perlis, Kedah, dan Terengganu.
  • KKR lancar 'Launching Nose' berharga RM21 juta untuk meningkatkan keselamatan jalan raya serta tingkatkan infrastruktur keselamatan di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata setakat pagi tadi, pihaknya telah mengenal pasti 107 lokasi terjejas, termasuk satu kejadian jambatan runtuh di Kelantan, banjir kilat (49 lokasi), banjir (35), cerun runtuh (12), serta lima lokasi masing-masing melibatkan jalan runtuh dan mendap.
Beliau berkata sebanyak 50 jalan persekutuan dan 57 jalan negeri turut terjejas akibat bencana alam yang melanda Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, dan Selangor.
"Kesiapsiagaan kita sudah lama bermula. Baru-baru ini, saya telah melancarkan aset terbaharu iaitu 'Launching Nose' dengan perbelanjaan sebanyak RM21 juta untuk pembinaan jambatan Bailey jika diperlukan.
"Penggunaan 'Launching Nose' ini akan memudahkan pemasangan infrastruktur berkenaan, dan kita telah menyalurkannya kepada negeri-negeri, menunjukkan tahap kesiapsiagaan kita," katanya ketika ditemui selepas merasmikan lintasan pejalan kaki searas berlampu isyarat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Gadong di sini, hari ini.
Ditanya mengenai jumlah kerugian akibat kerosakan infrastruktur banjir, Nanta berkata, ia hanya dapat diketahui selepas keadaan reda dan laporan lengkap disediakan oleh pihak berkaitan.
Mengenai majlis hari ini, beliau berkata projek lintasan pejalan kaki di hadapan SJKT Ladang Gadong itu diharap dapat meningkatkan keselamatan murid dan komuniti setempat, selain mencerminkan komitmen kementerian terhadap keselamatan jalan raya.
Projek itu merupakan kerjasama antara KKR dan World Health Organization (WHO) di bawah program Bloomberg Philanthropies Initiative for Global Road Safety (BIGRS), dengan kos sebanyak RM700,000.
Kerjasama itu turut melibatkan perkongsian data kemalangan melalui sistem Road Accident Management System (RAMS) serta pelaksanaan kempen kesedaran awam menggunakan platform media WHO bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.
Dalam pada itu, Nanta berkata usaha meningkat taraf infrastruktur keselamatan jalan raya di bawah Program MyJalan kini giat dijalankan merangkumi pelbagai inisiatif untuk menambah baik keselamatan di lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspot).
"Bagi tahun 2025, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan dan digunakan sepenuhnya untuk keselamatan serta keselesaan pemandu jalan raya. Ia merangkumi rawatan di 90 kawasan kemalangan, pemasangan 257 lampu jalan baharu di kawasan berisiko, serta pemasangan 16 lampu isyarat di persimpangan berisiko kemalangan.
"Selain itu, usaha turut merangkumi pembinaan empat jejantas pejalan kaki dan 35 lintasan pejalan kaki searas berlampu isyarat (LPKSI), menjadikan jumlah LPKSI yang dibina sejak 2018 sehingga kini sebanyak 153 di seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#JKR
#Launching Nose
#banjir
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan