awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Black Maria' bawa OKT terbalik
MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Beberapa daerah di Kelantan dijangka dilanda banjir mulai hari ini - JPS

Bernama
Bernama
28/11/2025
21:45 MYT
[TERKINI] Beberapa daerah di Kelantan dijangka dilanda banjir mulai hari ini - JPS
Menurut PRABN, kawasan yang berisiko merangkumi 10 jajahan, melibatkan lembangan Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak dan cabang-cabangnya. - Foto PRABN
KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan rendah dan berisiko di Kelantan susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Khamis.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) memaklumkan ramalan itu meliputi Jumaat hingga Ahad dengan pemantauan rapi sedang dijalankan di semua lembangan sungai utama.
"Kawasan yang berisiko merangkumi 10 jajahan, melibatkan lembangan Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak dan cabang-cabangnya," menurut PRABN.
Antara jajahan yang terlibat adalah Pasir Mas melibatkan lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Pasir Puteh melibatkan lembangan Sungai Semerak dan Sungai Tasik, Kota Bharu melibatkan lembangan Sungai Kemasin, Sungai Kelantan, Sungai Pengkalan Datu dan Sungai Pengkalan Chepa
Berikutan itu, Bachok melibatkan lembangan Sungai Semerak termasuk Sungai Kemasin dan Sungai Melor, Kuala Krai melibatkan lembangan Sungai Kelantan merangkumi Sungai Lebir, Nal, Galas dan Pahi.
Tumpat melibatkan lembangan Sungai Golok dan Sungai Tumpat, Jeli melibatkan lembangan Sungai Golok dan Sungai Pergau, Machang melibatkan lembangan Sungai Kelantan termasuk Sungai Sat dan Sungai Kemubu.
Ekoran itu, Tanah Merah melibatkan lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Lanas dan Gua Musang melibatkan lembangan Sungai Kelantan merangkumi Sungai Nenggiri, Chiku, Aring dan Lebir.
PRABN dalam kenyataan memaklumkan banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan bergantung kepada intensiti hujan semasa.
Sehubungan itu, maklumat lanjut dan amaran semasa boleh diperoleh melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#hujan berterusan
#paras air sungai
#Kelantan
#banjir
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan