[TERKINI] AS gesa Kemboja, Thailand laksana sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur
![[TERKINI] AS gesa Kemboja, Thailand laksana sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur [TERKINI] AS gesa Kemboja, Thailand laksana sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-12/41766381672_ThomasTommyPigot.jpg)
Pigott (foto) berkata gesaan itu turut merangkumi mekanisme bagi mempercepat usaha pembersihan periuk api serta menangani isu-isu sempadan. -Gambar fail/X @StateDeputySpox
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) terus menggesa Kemboja dan Thailand menamatkan permusuhan, menarik balik senjata berat, menghentikan pemasangan periuk api serta melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat (AS) menggesa Kemboja dan Thailand menamatkan permusuhan serta melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
- Timbalan Jurucakap Utama Thomas "Tommy" Pigott menyeru agar senjata berat ditarik balik dan pemasangan periuk api dihentikan.
- Pemimpin ASEAN dijemput menyokong Kemboja dan Thailand dalam menyelesaikan konflik tersebut.
Menteri-menteri luar dan pegawai ASEAN dijadual berhimpun di Kuala Lumpur pada Isnin bagi menghadiri mesyuarat khas untuk membincangkan situasi berterusan antara Kemboja dan Thailand.
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) itu akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang AS gesa kepada Kemboja dan Thailand berkenaan konflik ini? A: AS menggesa agar Kemboja dan Thailand menamatkan permusuhan, menarik balik senjata berat, menghentikan pemasangan periuk api, dan melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
- Q: Siapakah yang akan memimpin Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) di Kuala Lumpur? A: Mesyuarat Khas AMM akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

