MALAYSIA
[TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Pemandu bas ditahan
![[TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Pemandu bas ditahan [TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Pemandu bas ditahan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-06/71749728072_PemandubasUPSI.jpg)
Noor Hisam berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sekitar jam 5.45 petang selepas dibenarkan keluar dari hospital. - Gambar/ Sinar Harian
IPOH: Pemandu bas yang terlibat dalam nahas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lalu telah ditahan polis.
Ringkasan AI
- Pemandu bas yang terlibat dalam nahas maut membabitkan 15 penuntut UPSI di Gerik telah ditahan polis pada 12 Jun 2025 selepas dibenarkan keluar dari hospital.
- Suspek lelaki berusia 39 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan berkemungkinan didakwa di mahkamah bergantung kepada arahan Pendakwa Raya Negeri.
- Kemalangan berlaku di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli ketika bas dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI dari Terengganu selepas cuti Aidiladha, melibatkan pelanggaran dengan sebuah MPV.
"Kita menunggu arahan lanjut daripada Pengarah Pendakwaan Negeri sama ada pemandu bas itu boleh didakwa di mahkamah esok atau sebaliknya.
"Di pihak polis, kita sudah bersedia," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Lelaki warga tempatan itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Taiping selepas mengalami kecederaan di tangan sejak hari pertama nahas itu berlaku.
Pada Isnin pagi di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding itu, bas yang membawa 42 penumpang dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai gun (MPV) dinaiki empat sekeluarga.
Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami