awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan ke atas anak Rafizi: Hanya polis boleh tentukan NFA atau tidak - Saifuddin
FINAS kaji semula permohonan 'Itui Suli Suli Bajau!' untuk Skim Wajib Tayang
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Kerajaan fokus ringankan beban mangsa banjir - PM Anwar

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
25/11/2025
03:00 MYT
[TERKINI] Kerajaan fokus ringankan beban mangsa banjir - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar mengadakan sidang media kepada sekumpulan wartawan Malaysia dalam pesawat semasa dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Nairobi, Kenya. - Gambar Bernama
NAIROBI: Kerajaan komited dalam melakukan segala yang perlu bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, beliau secara peribadi memantau perkembangan banjir dalam negara dua kali sehari.
“Kita telah mengarahkan semua agensi, termasuk NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) untuk melakukan yang terbaik,” kata Anwar dalam sidang media sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Nairobi, Kenya.
Info terkini Cuaca dan Banjir
Ditanya mengenai tahap kesiapsiagaan pasukan pengurusan bencana, Prdana Menteri berkata, kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam membuat persiapan bagi menghadapi situasi tersebut.
“Mesyuarat telah diadakan sejak beberapa bulan lalu, dipengerusikan oleh (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Zahid (Hamidi) dan laporan telah siap bahkan sebelum saya berangkat (ke Afrika),” kata Anwar lagi.
Sehingga pagi tadi, lebih 16,000 mangsa terlibat dari tujuh negeri dalam bencana kali ini.
Kelantan kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 9,830 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS).
Dalam perkembangan sama, NADMA turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengikuti perkembangan cuaca dan paras air sungai, menyediakan keperluan asas sebagai persiapan awal serta mengutamakan keselamatan keluarga sekiranya diarahkan berpindah.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung sepanjang minggu ini.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#NADMA
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan