Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Konflik Asia Barat: Harga RON95 kekal, bekalan terjamin sehingga Mei 2026 – PM Anwar

PUTRAJAYA, 11 Mac -- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra hari ini.   --fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri berkata, bekalan minyak di negara ini juga terjamin dan mencukupi sehingga Mei tahun ini.. - Foto Bernama

PUTRAJAYA: Harga RON95 di bawah program Budi MADANI (BUDI95) akan terus kekal pada paras RM1.99, biarpun harga minyak Brent menunjukkan peningkatan mendadak susulan konflik yang melanda Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas di sini pada Rabu berkata, bekalan minyak di negara ini juga terjamin dan mencukupi sehingga Mei tahun ini.

Advertisement

Namun, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia akan terus memantau rapat perkembangan konflik itu, bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara terus terjamin dalam suasana geopolitik yang sangat mencabar ini.

"Pertama, keterjaminan bekalan minyak di Malaysia terkawal. Itu dalam keadaan sangat membanggakan, Alhamdulillah. Bila kita semak dengan PETRONAS, kita dapati bekalan produk petroleum mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026. Ini berbeza dengan keadaan kebanyakan negara lain. Sebab itu saya tekankan tentang isu tatakelola, pengurusan cekap, amanah dan profesional.

“Kedua, kita akan terus mendepani masalah dengan fokus menjaga kepentingan rakyat. Sebagaimana kerajaan melindungi rakyat daripada impak penuh kenaikan harga minyak dan harga keperluan lain.

“Sebab itu saya maklumkan kepada Jemaah Menteri untuk tetapkan harga BUDI95 untuk rakyat, biarpun satu keputusan yang sukar, kerana harga pasaran jauh lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu, dan harga sebenar apatah lagi jika dibandingkan dengan negara jiran yang tiga kali ganda,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata, beliau juga telah meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memastikan bekalan minyak terkawal, dan tiada penyeludupan.

Selain itu, Anwar berkata, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji kesan berkaitan impak ekonomi setiap hari supaya dapat dimaklumkan kepada pimpinan kerajaan.

 

Must Watch Video