NATIONAL
[TERKINI] Nik Nazmi letak jawatan Menteri NRES
![[TERKINI] Nik Nazmi letak jawatan Menteri NRES [TERKINI] Nik Nazmi letak jawatan Menteri NRES](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-05/71748420825_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Nik Nazmi memaklumkan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 4 Julai 2025, namun beliau akan mula bercuti pada 28 Mei sehingga 3 Julai. - Sumber foto FB Nik Nazmi
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad, telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan media, Nik Nazmi memaklumkan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 4 Julai 2025, namun beliau mula bercuti hari ini sehingga 3 Julai.
Menurut Nik Nazmi, beliau bersyukur atas peluang berkhidmat dalam Kabinet, bermula sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari Disember 2022 hingga Disember 2023, dan kemudiannya sebagai Menteri NRES dari Disember 2023 hingga Julai 2025.
"Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri."Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penjawat awam yang berwibawa, pasukan di pejabat saya yang cemerlang, serta semua pihak daripada sektor awam, swasta dan masyarakat sivil yang telah banyak mengajar saya dan memungkinkan pelaksanaan pelbagai reformasi penting sepanjang tempoh ini.
"Kami sentiasa berusaha untuk mengambil pendekatan yang terbuka dan berunding dengan semua pihak dalam merangka dasar dan memperkenalkan undang-undang," katanya.
Tambahnya, beliau kini menantikan peluang untuk kembali menjalankan tanggungjawab serta menumpukan perhatian sebagai Ahli Parlimen Setiawangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami