[TERKINI] Pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam pelajar lelaki di sekolah
![[TERKINI] Pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam pelajar lelaki di sekolah [TERKINI] Pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam pelajar lelaki di sekolah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-10/61760423771_TBTIKAMPELAJARjpg.jpg)
Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian. - Foto Bernama
PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, pada Selasa.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam oleh pelajar lelaki Tingkatan Dua di kawasan tandas sekolah menengah di Bandar Utama sekitar jam 9.10 pagi Selasa.
- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memaklumkan suspek berusia 14 tahun ditahan di lokasi kejadian dan dua senjata tajam dipercayai digunakan telah dirampas.
- Mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan mayatnya dihantar ke PPUM untuk bedah siasat; motif kejadian masih dalam siasatan.
"Anggota polis yang segera dihantar ke lokasi telah menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
“Kita telah merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan sekolah terbabit pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Tambahnya, motif kejadian masih dalam siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami