awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Pelajar tingkatan tiga maut ditikam: Ambil langkah segera pertingkat keselamatan sekolah - Amirudin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/10/2025
07:36 MYT
[TERKINI] Pelajar tingkatan tiga maut ditikam: Ambil langkah segera pertingkat keselamatan sekolah - Amirudin
Selangor akan mengambil langkah pertingkat tahap keselamatan di semua sekolah di negeri itu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil langkah segera bagi mempertingkatkan tahap keselamatan di semua sekolah di negeri itu susulan insiden tragis membabitkan kematian seorang pelajar perempuan yang ditikam oleh rakan sekolahnya di SMK Bandar Utama Damansara (4), Petaling Jaya, pagi tadi.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bahawa siasatan sedang dijalankan dan insiden berkenaan tidak melibatkan sebarang unsur perkauman.
“Sebagai seorang ayah yang turut mempunyai anak perempuan, saya tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dilalui oleh ibu bapa mangsa, dan saya mengucapkan takziah kepada mereka. Semoga mereka diberikan kekuatan dan perlindungan dalam menghadapi tragedi ngeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan serta komuniti setempat bagi memastikan keselamatan murid dan pelajar di semua sekolah berada pada tahap tertinggi.
View this post on Instagram
A post shared by Amirudin Shari (@amirudin_shari)
“Sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita. Perkara ini akan menjadi keutamaan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan beberapa langkah termasuk usaha keselamatan serta sokongan kesihatan mental pelajar akan diputuskan segera,” ujarnya.
Amirudin turut memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan terus memaklumkan perkembangan siasatan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadilan kepada mangsa dan keluarganya.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Kementerian Pendidikan
#pelajar ditikam
#SMK Bandar Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan