PUTRAJAYA: Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.
Perkara itu dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat, susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan hari ini.
Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.
Dalam mesyuarat sama, Seri Paduka Baginda turut berkenan membebaskan 65 banduan pada 11 September 2026.
BHEUU memaklumkan semua banduan bukan warganegara yang dibebaskan hendaklah diusir dan dihantar pulang ke negara asal masing-masing dalam tempoh enam bulan selepas dibebaskan.