awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Parti hanya wadah, yang penting hubungan peribadi dengan rakyat - Nizam

Syaff Syukri
Syaff Syukri
23/11/2025
01:30 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Parti hanya wadah, yang penting hubungan peribadi dengan rakyat - Nizam
NIZAM: Yang penting di sini ialah bagaimana kita membawa diri kita supaya rakyat dapat menerima kita sebagai pejuang dan pembela mereka. - Foto Astro AWANI
TAWAU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menegaskan bahawa penerimaan rakyat terhadap seseorang calon adalah faktor paling penting dalam menentukan sokongan politik, mengatasi pengaruh parti yang diwakili.
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dalam misi mempertahankan kerusi itu berkata, dalam konteks politik semasa, kekuatan peribadi seorang pemimpin serta keupayaannya berhubung rapat dengan masyarakat lebih memberi kesan berbanding populariti parti semata-mata.
“Pada saya parti itu hanya sebagai wadah, yang paling penting ialah personal touch kita kepada rakyat walaupun parti itu parti yang besar tetapi kalau rakyat tidak suka kepada pemimpin parti itu maka sudah pasti ia akan ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada calon yang bertanding.
“Yang penting di sini ialah bagaimana kita membawa diri kita supaya rakyat dapat menerima kita sebagai pejuang dan pembela mereka,” katanya.
Nizam yang sebelum ini pernah bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada penggal pertama dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN16 berkata, perubahan platform politik bukan isu utama selagi khidmat kepada rakyat menjadi keutamaan.
Beliau menjelaskan bahawa strateginya untuk berdepan PRN ke-17 ini tidak berubah daripada apa yang diamalkannya sejak diberi mandat pada pilihan raya lalu, iaitu berada bersama rakyat secara konsisten dan bukan hanya muncul ketika waktu berkempen.
“Saya menjadi wakil rakyat bukan hanya berada di lapangan ketika pilihanraya tetapi saya sentiasa bersama sama rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil mereka sejak pilihanraya yang lalu.
“Jadi ini adalah salah satu pendekatan saya kepada rakyat dan masyarakat khususnya pengundi-pengundi di kawasan Apas ini dan sudah pasti pendekatan ataupun engagement ini akan berterusan malah saya pertingkatkan lagi semasa kempen pilihanraya ini,” katanya lagi.
Nizam akan mempertahankan kerusi DUN Apas untuk penggal ketiga dan bakal berdepan saingan daripada lima calon lain.
Mereka membabitkan Sarman Amat Simito (Warisan), Marsiah Omat (PPRS), Herman Amdas (PIS) Elmiariezan Ardan (BN) dan Lim Ting Khai (PN).
Pada PRN16, Nizam yang bertanding atas tiket PN, berjaya memperoleh 6,252 undi dengan mencatat 2,049 majoriti menerusi saingan empat penjuru.
Sementara pada penggal pertamanya yang bertanding atas tiket BN, Nizam memperoleh 7,243 undi juga dalam saingan empat penjuru dengan 1,787 majoriti.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#calon Gabungan Rakyat Sabah
#DUN Apas
#Nizam Abu Bakar Titingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan