awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis bantuan maut selepas pulang ziarah ibu tiri meninggal dunia
26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi kerana banjir
PAU 2025: UMNO Johor fokus pembangunan, perpaduan dan pengukuhan parti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Ribut tropika: Hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda utara Semenanjung - MetMalaysia

Bernama
Bernama
26/11/2025
07:45 MYT
[TERKINI] Ribut tropika: Hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda utara Semenanjung - MetMalaysia
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut dan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di negeri-negeri utara Semenanjung susulan pembentukan ribut tropika berhampiran kawasan berkenaan.

Ringkasan AI
  • Ribut tropika dijangka membawa hujan lebat, angin kencang, dan laut bergelora di negeri-negeri utara Semenanjung, disebabkan oleh kehadiran ribut tropika berdekatan dengan kawasan tersebut.
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan bahawa ribut tersebut berada kira-kira 309 km ke tenggara Bandar Acheh, Indonesia, dan 284 km ke barat daya George Town, Pulau Pinang, dengan kelajuan angin maksimum sehingga 83 km/j.
  • Orang awam dinasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi hujan lebat Monsun Timur Laut dengan sentiasa mengikuti maklumat, nasihat, ramalan cuaca, dan amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui pelbagai platform termasuk laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial, dan talian hotline.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata ketika cerapan pada 11 pagi tadi, ribut itu dikesan berada di latitud 4.5 utara dan longitud 97.9 timur, kira-kira 309 kilometer (km) ke tenggara Bandar Acheh, Indonesia, dan 284 km ke barat daya George Town, Pulau Pinang.
MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan ribut tersebut dijangka bergerak ke arah barat-barat daya dengan kelajuan sembilan km/j, dan berpotensi mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 83 km/j.
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut dan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi di www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Ribut Tropika
#MetMalaysia
#utara semenanjung
#hujan lebat
#terkini
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan