awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Warga Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2025
03:10 MYT
[TERKINI] Warga Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan
Kementerian Luar memberi jaminan bahawa pihaknya kekal komited dalam memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara melalui pejabat perwakilan diplomatik masing-masing.
PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri (KLN) menasihatkan semua warganegara Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke Iran, Iraq dan Jordan susulan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah ekoran konflik antara Iran dan Israel.
Menerusi satu kenyataan hari ini, KLN memaklumkan bahawa ruang udara di ketiga-tiga negara tersebut telah ditutup, menyebabkan gangguan kepada jadual penerbangan.
Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini, serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
"Warganegara Malaysia yang berada di rantau tersebut perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan gangguan terhadap rancangan perjalanan masing-masing dan membuat penyesuaian sewajarnya," kata kenyataan itu.
Bagi rakyat Malaysia di Iran khususnya, KLN turut menyeru agar mereka yang menetap atau sedang berada di negara itu mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran.
KLN juga memberi jaminan bahawa pihaknya kekal komited dalam memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara melalui pejabat perwakilan diplomatik masing-masing.
Sekiranya berlaku kecemasan atau keperluan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi pejabat kedutaan terdekat di Tehran, Baghdad atau Amman.
Maklumat perhubungan Kedutaan Malaysia di Iran, Iraq dan Jordan:
Tehran, Iran: +98 21 8807 2444 / [email protected]
Baghdad, Iraq: +964 787 859 8775 / [email protected]
Amman, Jordan: +962 6590 2400 / [email protected]
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
#tangguh perjalanan
#konflik Israel-Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan