awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
SST: Kerajaan ambil maklum pandangan ramai - Fahmi
BISNES
Renewage Group didenda RM30,000 kerana operasi pelancongan tanpa lesen
MALAYSIA
Rakyat Malaysia dijangka dibawa keluar dari Iran Jumaat ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

[TERKINI] Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia di Iran untuk keluar segera

Seth Akmal
Seth Akmal
17/06/2025
10:32 MYT
[TERKINI] Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia di Iran untuk keluar segera
Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau rapi situasi keselamatan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang masih berada di Iran agar meninggalkan negara tersebut dengan serta merta melalui apa jua kaedah selamat dan tersedia.

Ringkasan AI
  • Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di Iran agar segera meninggalkan negara itu, susulan ketegangan yang semakin meruncing antara Iran dan Israel sejak 13 Jun 2025.
  • Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau rapi situasi keselamatan, dan telah mengesahkan semua rakyat Malaysia yang berdaftar berada dalam keadaan selamat serta akan dibantu dalam proses pemulangan.
  • Kontak kecemasan disediakan untuk bantuan konsular, termasuk talian telefon dan e-mel rasmi Kedutaan Malaysia di Tehran, bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata nasihat dikeluarkan susulan situasi yang kian meruncing antara Iran dan Israel sejak Jumaat.
“Semua rakyat Malaysia yang berada di Iran adalah dinasihatkan agar meninggalkan negara tersebut dengan serta-merta melalui apa jua kaedah selamat dan tersedia.
“Situasi semasa adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal, keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia kekal sebagai keutamaan Kementerian ini,” katanya.
Tambahnya, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, kerajaan turut memantau rapi perkembangan keselamatan di Republik Islam itu.
“Usaha ini telah dipertingkatkan susulan tindakan agresif rejim Israel terhadap Iran pada 13 Jun 2025 yang telah memburukkan lagi ketegangan secara ketara di rantau tersebut,” tambahnya.
Kenyataan tersebut turut mengesahkan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran terus berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang telah berdaftar di Iran dan disahkan selamat.
“Kedutaan Besar Malaysia akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka dari Tehran,” katanya.
Sekiranya berlaku kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi +98 21 8807 2444, +98 21 8807 8606, +98 933 535 2602 atau menghantar e-mel kepada [email protected] / [email protected].
Alamat Kedutaan Besar Malaysia Tehran ialah No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St, Shahrak-e-Gharb.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#rakyat Malaysia
#keluar segera
#Wisma Putra
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami