Satu unit termometer pecah menyebabkan berlaku tumpahan merkuri di atas lantai di sebuah klinik haiwan di kawasan perindustrian ringan di sini, tengah hari tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Musa Abd Wahab berkata sepasukan anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 12.35 tengah hari.
Katanya, dalam operasi pembersihan itu anggotanya menggunakan sulfur yang ditaburkan ke atas lantai klinik dan membiarkannya menyerap merkuri tersebut.
"Sulfur yang bercampur dengan merkuri dimasukkan ke dalam plastik khas dan lantai itu juga dibilas dengan cecair peluntur.
"Bahan yang tercemar itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, tiada mangsa mahupun haiwan yang terjejas dalam kejadian itu dan operasi tamat pada pukul 1.10 tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2017
Satu unit termometer pecah menyebabkan berlaku tumpahan merkuri di atas lantai di sebuah klinik haiwan di kawasan perindustrian ringan di sini, tengah hari tadi. -Gambar hiasan
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Termometer pecah, merkuri tumpah di klinik haiwan di Taiping
Tiada mangsa mahupun haiwan yang terjejas dalam kejadian itu dan operasi tamat pada pukul 1.10 tengah hari tadi.