awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terowong Pulau Pinang: Reman ahli perniagaan disambung lima hari

Bernama
Bernama
05/03/2018
03:59 MYT
Terowong Pulau Pinang: Reman ahli perniagaan disambung lima hari
Suspek dipercayai menerima wang suapan RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama projek. - Gambar hiasan
Tempoh reman ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang dipercayai menerima RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang dilanjutkan lima hari lagi bermula esok.
Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tempoh reman suspek itu hingga 10 Mac ini.
Lelaki berusia 37 tahun itu sebelum ini, direman enam hari mulai 28 Feb lepas.
Menurut sumber, suspek yang juga suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai menerima wang suapan RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.
Dakwa sumber lagi, pihak syarikat itu membayar wang berjumlah RM19 juta secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri
#NGO
#pulau pinang
#Rasuah
#SPRM
#suapan
#suspek
#terowong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan