SEREMBAN: Tiada lagi amaran, sebaliknya tindakan saman akan terus dikenakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan terhadap pembeli dan peniaga yang didapati menjalankan aktiviti menjaja di persimpangan jalan atau pun mana-mana jalan raya di negeri ini.
Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perbuatan itu kerana ia boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya.
Jelas beliau, beberapa program advokasi terhadap peniaga atau penjaja jalanan telah diadakan pihaknya sebelum ini bagi memberi peringatan.
"Program advokasi ini adalah amaran terakhir kita. Setakat ini tiada lagi laporan kemalangan melibatkan penjaja jalanan, namun kita terima rungutan orang awam yang mengatakan kehadiran penjaja ini mengganggu aliran trafik.
"Ia bukan saja berlaku di Seremban tapi juga di Port Dickson terutama di lokasi lampu isyarat yang banyak kenderaan," katanya pada sidang akhbar selepas Program Advokasi Penjaja Jalanan di Jalan Rasah di sini pada Selasa.
Menurutnya, merujuk kepada Kaedah 10A(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, tiada sesiapa pun boleh menjual atau menawarkan untuk menjual benda atau pun barang kepada mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas kenderaan di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.
Tambah beliau, bagi Kaedah 10A(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pula menyatakan tiada sesiapa pun yang berada di dalam atau di atas kenderaan boleh membeli benda atau barang daripada mana-mana orang di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.
"Bagi kesalahan tersebut, penjual atau penjaja dan pembeli boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan," katanya.
Selain itu Hanif Yusabra berkata, terdapat 10 lokasi utama persimpangan lampu isyarat yang menjadi tumpuan penjaja jalanan menjalankan perniagaan mereka di sekitar daerah ini.
Sehubungan itu katanya, JPJ meminta penjaja jalanan merujuk kepada pihak berkuasa tempatan(PBT) untuk mendapatkan nasihat berhubung lokasi dan syarat lesen yang berkaitan bagi tujuan menjalankan perniagaan mengikut peraturan yang betul.
"Segala aspek perundangan perlu dipatuhi agar tidak menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.
"JPJ memandang serius kesalahan yang melibatkan penjaja jalanan. Beberapa siri advokasi yang dijalankan sebelum ini diharap dapat menjadi satu panduan dan peringatan," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 11 2022

Hanif (kanan) memberi advokasi kepada penjaja jeruk mangga di Jalan Rasah pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Rusia sedia berunding dengan Ukraine tanpa prasyarat
Menurut jurucakap Presiden, Dmitry Peskov, Putin telah berulang kali menyatakan perkara tersebut bahawa mereka sedia menjalankan perbincangan.
Hamas setuju bebaskan semua tebusan
Sumber itu menyifatkan rundingan tersebut sebagai "sangat penting" untuk memajukan usaha menamatkan perang di Gaza.
Selangor teliti wajibkan mesin AED di tempat awam
Kerajaan Selangor sedang meneliti garis panduan dan berbincang dengan pihak berkaitan dalam usaha mewajibkan penyediaan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) di kawasan awam dan tumpuan umum.
KBS fokus usaha lawan ketagihan, masalah mental
Penggunaan produk rokok elektronik bukan sahaja membawa kepada masalah ketagihan tetapi juga masalah mental.

Dua NADI sedang dalam pelaksanaan di Sabah - Fahmi
Sebanyak dua lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sedang dalam pelaksanaan di Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan 132 NADI di negeri ini.
AWANI Ringkas: Ketagihan vape & masalah mental
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penyokong 'hooligan' perlu ubah sikap - Hannah
Segelintir penyokong bola sepak yang hadir ke stadium dengan hasrat untuk mencetuskan kekecohan perlu mengubah sikap mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Gangguan air: 162,000 pengguna di Pulau Pinang sudah dapat bekalan semula
Sebanyak 162,000 pengguna yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) dengan 100 peratus di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah mendapat semula bekalan mereka setakat 11.30 pagi tadi.

39 pelajar, kakitangan sekolah alami demam, batuk dan ruam selepas pulang kem
Seramai 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di sini dikesan mengalami jangkitan akibat penularan penyakit berjangkit selepas pulang dari menyertai kem di Yan baru-baru ini.

Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan
Enam lelaki direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, semalam.

Mahkamah Tinggi putuskan ada bidang kuasa dengar saman terhadap Raghad
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman yang difailkan oleh dua anak lelaki Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud terhadap Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

JPJ Negeri Sembilan keluar 4,611 notis saman sepanjang Op HRA
Antara kesalahan itu, termasuk berkaitan pelesenan kenderaan iaitu Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Profesor Harvard saman Trump isu dana AS$9 bilion
Tindakan itu diambil sebagai respons terhadap langkah keras kerajaan dalam menangani dakwaan berlakunya fahaman anti-Yahudi di kampus.

UMNO mohon pindah milik tanah daripada Tun Mahathir, tiga yang lain
UMNO memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan berkaitan sebidang tanah di ibu kota berkeluasan 9,723 meter persegi.

JPJ Kelantan keluarkan 2,941 notis saman semasa Ops HRA 2025
Sebanyak 2,941 notis saman melibatkan 1,759 kenderaan dikeluarkan JPJ Kelantan atas pelbagai kesalahan sepanjang Op HRA 2025 sejak 24 Mac lepas.

RM16 juta adalah derma kepada UMNO laksana program kebajikan - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu RM16 juta yang diterima UMNO daripada JPSB adalah kekal sebagai derma atau sumbangan kepada parti politik itu bagi melaksanakan aktiviti parti untuk rakyat.

Op Tunggak: RM2.5 juta saman dibayar sejak September 2024 - JPJ
Kebanyakan saman membabitkan pemandu van yang membawa pulang pekerja dari Thailand di Malaysia terutama kawasan Lembah Klang.

Op HRA 2025: Lebih 400 notis saman dikeluarkan kepada pemandu bas - JPJ
Sebanyak 467 notis saman pelbagai kesalahan membabitkan pemandu bas dikesan JPJ menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2025 sejak 24 Mac lepas.

Saman serta-merta pemandu bas ekspres turun penumpang di luar kawasan terminal
Setakat ini dua kesalahan telah dikesan menerusi Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 yang dilancarkan mulai 24 Mac hingga 8 April ini.

Syarikat penerbangan mungkin saman Heathrow selepas gangguan bekalan elektrik - Laporan
Sebuah organisasi mewakili lebih daripada 90 syarikat penerbangan yang menggunakan Lapangan Terbang Heathrow, London mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang.