awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tetak bapa hingga mati, suspek diarah jalani ujian psikiatri

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2017
10:57 MYT
Tetak bapa hingga mati, suspek diarah jalani ujian psikiatri
Anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sedang memeriksa mayat mangsa yang maut ditetak anak sendiri di Kampung Padang Melangit, Padang Besar pada Jumaat. - Foto Bernama
Lelaki yang ditahan polis kerana menetak mati bapa kandungnya menggunakan parang, di Jalan Padang Melangit, dekat Padang Besar, Perlis, pada Jumaat diarahkan polis supaya menjalani ujian psikiatri dalam tempoh terdekat.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abd Ghani, suspek berusia 24 tahun bagaimanapun hanya akan menjalani ujian berkenaan selepas pulih daripada kecederaan yang dialaminya.
Suspek menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
Dalam kejadian yang berlaku pagi Jumaat, suspek menetak bapanya menggunakan parang sehingga mati gara-gara tidak berpuas hati kerana permintaan untuk mendapatkan wang ditolak.
Suspek telah menetak mangsa beberapa kali di bahagian belakang, tangan kanan sebelum menikam perutnya, dan kemudian bertindak menikam perutnya sendiri.
DIa ditahan polis sekitar jam 8 pagi di dalam rumah neneknya yang terletak kira-kira 60 meter dari lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
Topic Berkaitan
#bapa ditetak
#Kangar
#mati
#ujian psikiatri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan