SHAH ALAM: Lembaga Tabung Haji (TH) telah memajak bangunan penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah untuk beberapa musim dalam usaha mengekalkan harga sewaan bagi menangani impak kenaikan kos haji.
Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata, institusi itu juga mengambil langkah ke depan dengan memeterai perjanjian jangka panjang dengan syarikat-syarikat penerbangan susulan kenaikan kos.
Katanya, seperti yang semua maklum, kos haji adalah semua kos langsung untuk menunaikan haji merangkumi tiket penerbangan, pengangkutan di Tanah Suci, sewaan bilik penginapan di Mekah dan Madinah, sajian makanan dan bayaran untuk pelbagai perkhidmatan asas kepada pihak-pihak berwajib di Arab Saudi.
“Kesemua elemen ini telah meningkat dari setahun ke setahun termasuk harga sewaan hotel-hotel di Mekah dan Madinah.
“Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan kenaikan kos haji adalah disebabkan inflasi berikutan impak ekonomi global seperti perang Russia-Ukraine, kenaikan harga minyak, isu logistik pasca COVID-19, percukaian, kadar pertukaran wang serta pasaran hartanah di Mekah dan Madinah.
“Kenaikan ini juga disebabkan oleh caj tambahan yang melibatkan kemudahan sedia ada dan baharu yang diberikan termasuk fasiliti kemudahan khemah di Arafah dan Mina, mutawif, sajian makanan serta penggunaan bas yang lebih baik di Arab Saudi,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai respons berhubung isu peningkatan kos haji dan langkah yang diambil oleh TH.
Tambah Syed Saleh, kos haji pada tahun ini dijangka meningkat kepada lebih RM31,000 didorong oleh kenaikan caj untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan Arab Saudi demi keselesaan dan kebajikan para jemaah haji.
“Kita perlu menerima realiti kenaikan kos menunaikan haji akan berlaku setiap tahun. Namun, TH akan sentiasa berusaha melalui perbelanjaan yang berhemah dan strategik agar kenaikan ini tidak terlalu membebankan jemaah haji.
“TH juga akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk golongan berpendapatan rendah melalui bayaran haji secara bersasar yang diperkenalkan pada musim haji yang lalu serta terus sediakan subsidi kepada jemaah,” jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 13 2023

Syed Saleh (gambar kecil) berkata, institusi itu juga mengambil langkah ke depan dengan memeterai perjanjian jangka panjang dengan syarikat-syarikat penerbangan susulan kenaikan kos. -Foto Sinar Harian

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Presiden AS 'tuduh' doktor yang jalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih berkhidmat sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut.

Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
Ukraine, Rusia akan mula rundingan gencatan senjata segera - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa Rusia dan Ukraine akan memulakan rundingan segera ke arah gencatan senjata dan menamatkan konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.
UK, EU capai perjanjian penting sejak Brexit
Britain dan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mencapai perjanjian semula paling signifikan sejak Brexit.
Houthi umum sekatan maritim pelabuhan Haifa, Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman umum sekatan maritim ke atas pelabuhan Haifa di Israel pada Isnin.

Israel benarkan bantuan ke Gaza, PBB sifatkan "setitis dalam lautan"
Lima lori bantuan yang membawa makanan bayi dan bekalan asas telah dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom pada Isnin.
Britain, Perancis, Kanada ugut Israel henti serangan di Gaza
Pemimpin tertinggi Britain, Perancis dan Kanada pada Isnin mengeluarkan kenyataan bersama memberi amaran kepada Israel agar menghentikan serangan ketenteraan terbaharu di Gaza dan menarik balik sekatan bantuan kemanusiaan.
Sepanyol desak Israel dikecualikan daripada acara budaya
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, pada Isnin menggesa agar Israel dikecualikan daripada menyertai acara budaya antarabangsa seperti pertandingan Eurovision susulan kempen ketenteraan negara itu di Gaza.

Jejak Al-Haramain: Che Lah sempat bergambar sebagai kenangan
Allahyarham suka bergambar sejak di Madinah lagi dan sering menggunakan alasan sebagai kenangan peribadi.
Kementerian Perpaduan Negara lulus RM2.1 juta untuk program misi Sukarelawan Siswa
Kementerian Perpaduan Negara meluluskan RM2.1 juta bagi memperkasa program MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa dan inisiatif kesukarelawanan di dalam dan luar negara.

Jejak Al-Haramain: Che Loh dijemput Ilahi ketika tawaf sunat kelima
Jemaah haji, Allahyarham Abdullah Mat, 59, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Isnin, dikatakan ketika dalam pusingan tawaf sunat kelima.

Seorang jemaah haji wanita meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung
Seorang jemaah haji wanita dari Batu Pahat, Johor, disahkan meninggal dunia di Tanah Suci Mekah pada 16 Mei, akibat serangan jantung.

Jejak Al-Haramain: Larangan ihram, fiqah wanita antara soalan popular jemaah haji
Persoalan berkenaan mula diajukan jemaah Malaysia sejak di tanah air melalui platform digital e-Taib dan terus meningkat sebaik mereka tiba di Tanah Suci.

Jejak Al-Haramain: Jemaah haji diingat tingkat ilmu, jangan buang masa sebelum wukuf
Menjelang wukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia di Makkah meneruskan ibadah umrah, tawaf sunat dan beriktikaf di Masjidil Haram.

Jejak Al-Haramain: Platform terbaharu bantu jemaah elak tersesat
Platform terbaharu diperkenalkan bertujuan mengelak jemaah haji tersesat, terutama ketika kemuncak haji.

Bakal jemaah haji diingat hadir ikut masa, rujuk surat penerbangan - Tabung Haji
Pematuhan terhadap tarikh, masa dan lokasi melapor diri amat penting bagi memastikan operasi berjalan lancar dan tiada sebarang kesulitan.

Jejak Al-Haramain: 11,396 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci setakat ini
Daripada jumlah itu, 5,253 jemaah kini berada di Madinah, manakala 6,143 jemaah lagi di Makkah.

Jejak Al-Haramain: Kawalan ketat beri kelebihan jemaah haji Malaysia
Kawalan pihak berkuasa di sekitar kota Makkah didapati semakin diperketatkan, terutama kawasan pintu masuk Masjidil Haram.

Jejak Al-Haramain: Tablet digital mudahkan pemeriksaan kesihatan
Teknologi itu membolehkan Program Lawatan Kesihatan dari bilik ke bilik di setiap maktab lebih pantas, teratur dan menyeluruh.

Jejak Al-Haramain: 55 peratus jemaah haji tidak aktifkan kad bank
Jemaah haji diingatkan supaya mengaktifkan transaksi luar negara pada kad debit masing-masing sebelum berangkat ke Tanah Suci.