BANGKOK: Banjir yang dicetuskan ribut tropika Dianmu melanda 31 wilayah dan menjejaskan lebih 227,000 isi rumah di Thailand, menurut pihak berkuasa.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Thailand memaklumkan hujan lebat melanda 6,355 kampung di 190 daerah di utara, timur laut dan tengah negara ini.
Banjir menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut manakala seorang dilaporkan hilang di Phetchabun.
"Hingga hari ini, 18 provinsi masih digenangi air sementara keadaan di 13 provinsi lain bertambah baik," menurut kenyataan itu.
Banjir masih belum surut di wilayah Chaiyaphum, Sukhothai, Phetchabun, Lop Buri, Khon Kaen, Nakhon Ratchasima, Ayutthaya dan Chai Nat.
Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) telah mengeluarkan amaran baharu mengenai kemungkinan banjir di kawasan dataran rendah di sepanjang Sungai Chao Phraya.
Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang meminta penduduk di 11 komuniti di tujuh daerah di sepanjang Sungai Chao Phraya untuk bersiap sedia kemungkinan banjir.
Beliau berkata memandangkan hujan lebat diramalkan, pihak berkuasa melepaskan air dari Empangan Chao Phraya dan Empangan Pasak Jolasid yang terletak di utara Bangkok.
Beliau berkata, paras air Sungai Chao Phraya diramalkan akan terus meningkat dalam beberapa hari lagi.
Benteng menggunakan guni pasir dibina di kawasan berisiko manakala penduduk di kawasan rendah dinasihatkan untuk menyimpan barangan dan dokumen penting di tempat yang selamat.
AFP melaporkan memetik pakar hidrologi Seree Suparathit dari Universiti Rangsit banjir kemungkinan akan turut melanda Bangkok antara 6-10 Okt, dengan ribut diramal membadai dijangka memburukkan lagi keadaan.
Thailand pernah mengalami banjir terburuk pada 2011 yang mengorbankan lebih 800 orang dan menyebabkan kerosakan lebih 1.5 trilion baht.
Pakar dan pihak berkuasa memberi jaminan Thailand tidak akan melalui peristiwa yang sama, lapor Bangkok Post.
Menteri Dalam Negeri Anupong Paojinda berkata beberapa kawasan takungan air telah dibina dengan pengurusan air yang sistematik untuk mengatasi keadaan dan menyimpan air banjir untuk kegunaan ketika musim kemarau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021
Banjir yang dicetuskan ribut tropika Dianmu melanda 31 wilayah dan menjejaskan lebih 227,000 isi rumah di Thailand, menurut pihak berkuasa. - Foto AP
Datuk, nenek Zayn Rayyan bebas dengan jaminan polis
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Nordin ketika dihubungi Astro AWANI.
Pekebun didakwa sokong pengganas ‘IS’, miliki barang berunsur keganasan
Seorang pekebun didakwa atas pertuduhan menyokong dan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS), sejak tahun lalu.
Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu
Lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dalam kejadian di Kampung Simee Ipoh pada Rabu direman tujuh hari sehingga 19 Jun depan.
Blinken dakwa Hamas tuntut banyak perubahan
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken mendakwa Hamas telah mencadangkan banyak perubahan dalam maklum balasnya terhadap cadangan gencatan senjata.
David Beckham kini ternak ayam
Bintang bola sepak dunia, David Beckham kini menceburi bidang penternakan ayam.
Pertuduhan pengabaian kanak-kanak harus menjadi teladan
Pertuduhan pengabaian yang di buat ke atas ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan kanak-kanak dibuat atas sebab pengajaran yang perlu diteladani bersama.
Ini kerana jika sesuatu terjadi kepada kanak-kanak itu terutamanya menyebabkan kecederaan fizikal atau kematian, ibu bapa akan dituduh di Mahkamah atas sebab kemalangan berlaku disebabkan kecuaian ibu bapa.
Ini kerana jika sesuatu terjadi kepada kanak-kanak itu terutamanya menyebabkan kecederaan fizikal atau kematian, ibu bapa akan dituduh di Mahkamah atas sebab kemalangan berlaku disebabkan kecuaian ibu bapa.
Hanya pakar tentukan kanak-kanak diabai atau niat membunuh
Terdapat garis yang sangat nipis sama ada sesebuah kes melibatkan kecederaan, kemalangan atau kematian dialami seorang kanak-kanak disebabkan pengabaian oleh ibu bapa atau penjaga.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Tidak mengaku salah abai anak, ikat jamin RM10,000 seorang
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya, atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada 5 Disember lalu.
Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari masing-masing berusia 29 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Shahliza Warnoh, pada Khamis.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini, kita bersama wartawan Afiezy Azaman, langsung dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari masing-masing berusia 29 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Shahliza Warnoh, pada Khamis.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini, kita bersama wartawan Afiezy Azaman, langsung dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
Bursa Malaysia meningkat semula susulan keputusan Fed, inflasi AS reda jana minat belian
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.81 mata kepada 1,612.76 daripada 1,608.95 ketika ditutup pada Rabu.
Elak kesesakan… jemaah haji ada pilihan guna teksi terbang
Saleh Nasser Al-Jasser berkata, teksi terbang itu adalah yang pertama di dunia yang dilesenkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam.
Air surut, pembersihan rumah terjejas banjir di selatan Thailand bermula
Hujan lebat mengakibatkan banjir di lima wilayah selatan - Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun sejak 22 Disember lalu.
Banjir di Wilayah Chaiyaphum, Thailand terburuk sejak 50 tahun
Banjir yang melanda wilayah timur laut Chaiyaphum di Thailand disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun.
Lisa Blackpink bantu mangsa banjir Thailand
Tindakan penyanyi berusia 22 itu mendapat pujian peminatnya sehingga ada yang menggelarkan Lisa sebagai malaikat dan ratu Thailand.