BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu, termasuk bekas Pengerusi Bursa Saham Thailand Pichai Chunhavajira, selaku Menteri Kewangan dalam satu rombakan kabinet yang diumumkan pada Ahad.
Dalam rombakan kabinet sulungnya sejak kerajaan pimpinan Srettha mengambil alih pentadbiran Thailand September tahun lepas, empat menteri termasuk Menteri Kesihatan Awam Cholnan Srikaew, bekas ketua parti Pheu Thai dan tokoh utama dalam rundingan pembentukan kerajaan campuran yang memerintah sekarang, dikeluarkan daripada Kabinet.
Menurut Dekri Diraja yang dikeluarkan hari ini, rombakan kabinet menyaksikan Srettha hanya mengekalkan jawatan Perdana Menterinya. Pichai yang mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Srettha juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Selain daripada Pichai, muka-muka baharu dalam Kabinet Srettha kali ini ialah dua Menteri di Pejabat Perdana Menteri Pichit Chuenban dan Jiraporn Sindhuprai; Timbalan Menteri Kewangan Paopoom Rajanasakul; Timbalan Menteri Perdagangan Suchart Chomklin dan Timbalan Menteri Pertanian Atthakorn Sirilatthayakorn.
Empat menteri yang tidak tersenarai dalam rombakan Kabinet kali ini ialah Cholnan, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Puangpetch Chunlaiad serta dua Timbalan Menteri Pertanian Chaiya Promma dan Anucha Nakasai.
Sementara itu Menteri Luar Parnpree Bahiddha-Nukara mengekalkan portfolionya tetapi tidak lagi sebagai timbalan perdana menteri. Jawatan itu telah diambil oleh Menteri Pengangkutan Suriya Juangroongruangkit.
Media tempatan melaporkan bahawa Parnpree telah menghantar surat peletakan jawatannya berkuat kuasa hari ini berikutan pengumuman rombakan kabinet yang menyaksikan beliau tidak lagi menjadi timbalan perdana menteri.
Parnpree menyatakan dalam surat peletakan jawatan itu bahawa hakikat beliau tidak lagi dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada masa ini tidak ada kaitan dengan prestasi perkhidmatannya dan peletakan jawatannya hari ini ialah bagi memberi laluan kepada yang lain untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu, termasuk bekas Pengerusi Bursa Saham Thailand Pichai Chunhavajira, selaku Menteri Kewangan dalam satu rombakan kabinet yang diumumkan pada Ahad. - Gambar fail/REUTERS
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.